rss

0

Kitab Jawi Lama

Alhamdulillah. Terjumpa satu laman web yang menjual kitab-kitab jawi serta arab di dalam internet. Insya’Allah ini akan memudahkan lagi bagi mereka yang tercari-cari di mana mahu memiliki kitab-kitab jawi ini. Al-maklumlah, kitab-kitab ini memang sukar hendak dicari kerana tidak dijual di MPH mahupun Pustaka Sri Intan. Laman web yang dimaksudkan ialah Pustaka Darussalam Online . Antara judul kitab jawi yang dijual, “Anak Kunci Syurga”, “Senjata Tok Aji Tok Lebai”, “Penawar Bagi Hati”, “Sulam Tauhid”, “Inilah Aqidah Bagi Matan Ummu Barahin” dan banyak lagi. Jom..

 

P/S: Harga kitab jawi rata-rata RM10.00 ke bawah. Dokkang dokleh beli kot. ViVa 30K buleh beli..

About the Author

Comments are closed.