Munajat Perdana @ Batu 6

Azhar Idrus (tiga, kiri) dan Haslin (empat, kiri) bersama kepimpinan negeri yang hadir mengikuti Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate, malam kelmarin.KOTA BHARU – Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.
Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.
“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu,” katanya.
Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.
Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.
Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.
Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.
“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.
“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.
Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.
Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.
Dipetik; Sinar Harian
Sinar Harian
Wikipedia: Sinar Harian (Daily Light) is a Malay language daily newspaper published in Shah Alam, Selangor, Malaysia in a compact format. →
Assalamualaikum wbt.
Sekian lama laman web kuliyah.net tidak diupdate atas sebab-sebab tertentu. Maka hari ini dengan rahmat dan semangat baru yang telah dikurniakan, maka ambe dengan ini melancarkan kembali laman web “Kuliyah Dot Net – The Podcast“.
Insya’Allah laman web ini akan membenarkan sahabat-sahabat untuk dengar dan download kuliyah-kuliyah khususnya kuliyah di Surau Al-Ikhwan, Gelong Bilal, Kuala Terengganu. Bersama-sama dengan sahabat-sahabat di Surau Ikhwan, ambe akan cuba mengupload kuliyah-kuliyah yang disampaikan di sana termasuklah kuliyah dari Ustaz Azhar Idrus.
Sekiranya ada di kalangan sahabat yang ingin berkongsi kuliyah, bolehlah mengupload kuliyah ke dalam podcast ini. PM ambe @nayoe (twitter).
Podcast ini dibina khusus untuk penguna smart phone. Buat masa ini ambe hanya test menggunakan platfom iphone. Android, blackbery atau windows phone belum diuji. Pada yang ingin menguji, silakan. Feedback anda amat dialu-alukan.
Podcast boleh dilayari;
Tutorial? Rasanya tak perlulah kot.. Wassalam..
| Aslani M, | 22 Mac 2013 |

KOTA BHARU: Kata Ustaz Azhar Idrus lebih 100,000 berada dalam Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan hampir 10,000 lagi di luar stadium, program Haflah Ilmu Anak Muda Kelantan malam tadi.
Situasinya memang begitu. Di atas padang penuh sesak dan tempat duduk di tangga stadium juga penuh. Sebahagian lagi berada di luar stadium.
Kenderaan diparkir hampir satu km dari stadium. Di kawasan pusat bandar penuh dengan kenderaan. Kenderaan diparkir di sepanjang Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Hospital dan Jalan Dusun Muda.
Lebih mengujakan lagi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat datang dengan wayar di lengan, kembali seketika daripada hospital.
Dan selepas solat Maghrib dan bertemu dengan panelis program berkenaan Ustaz Azhar dan Ustaz Haslim Basrin, Menteri Besar masuk semula ke wad. Beliau dirawat sejak Rabu di hospital terbabit.
Hadir sama di stadium Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco, pegawai kerajaan dan Naib Presiden Ikram Malaysia, Wan Subki Wan Abdullah.
Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Selepas solat Isya yang diimamkan Timbalan Menteri Besar, ditayang video tragedi yang menimpa umat Islam di Syria. Gambar disiarkan begitu menyayat hati penonton.
Kutipan derma malam tadi akan disumbangkan kepada rakyat Syria dan Palestin yang sedang menderita sekarang.
Beberapa petugas mengutip derma pada akhir program kelihatan memikul guni dipercayai duit yang disumbang lautan manusia.
Ustaz Azhar berkata, suasana yang hanya pernah disaksikan di Makkah sebelum ini di mana orang ramai memenuhi masjid untuk mencari ilmu juga berlaku di Kelantan.
Katanya, ketika kuliahnya di masjid di Wakaf Bharu orang ramai yang datang terpaksa menunaikan solat di tepi longkang.
“Malah di Masjid Kampung Sireh saya tengok dalam Youtube ada orang solat di celah pokok bunga di luar masjid kerana kerana keadaan begitu sesak.
“Oleh itu kita kena pertahankan kerajaan yang dipimpin ulama. Tak kan pula hendak tukar ulama yang memimpin sekarang,” katanya menjawab soalan Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang, yang bertindak sebagai moderator.
Beliau juga menjelaskan pandangan sesentengah pihak yang mengatakan kalau tidak sokong kerajaan nanti hendak makan apa, disifatnya boleh jatuh kepada perbuatan syirik.
“Orang yang tidak sokong kerajaan pusat pun makan nasi juga, bukannya makan skru. Kita hendak pilih kerajaan yang mampu memberi ilmu agama kepada rakyat.
“Ketua negara yang tidak berjiwa Islam, negara pastinya akan rosak. Jadi kita hendaklah menggunakan peluang mengubah kerajaan menggunakan kertas undi.
“Rakyat termasuk generasi muda akan lebih selamat sekiranya bernaung di bawah pemerintah yang menjaga agama,” katanya.
Ustaz Haslin juga menegaskan rosak rakyat jelata kerana diperintah oleh golongan pemimpin yang korup.
Dipetik; Harakahdaily