Kami ada 47 tetamu dan 3 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Hukum melihat Jenazah?
Rating Pengguna: / 2
Fiqh
Ditulis oleh Ahmad Kamil Abdul Wahab   
Wednesday, 18 November 2009

Bolehkah kita melihat wajah jenazah yang telah siap sempurna di mandikan dan di solatkan?

Jawapan :

Ya. Harus melihat wajah jenazah yang bersamaan jantina selepas dikafankan sebelum ditanam tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram.

 

wallahua'lam 

 
Kubur campuran islam dan kafir
Rating Pengguna: / 2
Pelbagai
Ditulis oleh Shah Rizal Osman   
Thursday, 19 November 2009

Assalamualikum Ustaz,

Adakah dibolehkan orang islam ditanam bersebelahan dengan orang kafir? seperti yg berlaku di indonesia dimana orang islam ditanam bersebelahan dengan kafir , kubur mereka bercampuran.

Mintak ustaz perjelaskan.

sekian

terima kasih

SRO

KL

 

Jawapan :

Wajib atas pemerintah atau orang yg berkuasa dikalangan umat Islam menyediakan tanah perkuburan yg tidak bercampur dengan orang2 kafir. Pihak berkuasa berdosa keranamencampur kubur Islam dan kafir.

Jika tidak diberi pilihan maka tidaklah berdosa orang2 yang menjadi rakyat menanam mayat2 Islam disitu kerana keadaan mereka yg terpaksa akur dgn peraturan pemerintah namun.

Jika ada tanah lain yang boleh ditanam mayat2 Islam disitu maka wajiblah ditanam di tanah perkuburan tersebut.

wallahua'lam 

 
kahwin lari
Rating Pengguna: / 1
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh nor farhah salwaanie   
Monday, 23 November 2009

saya dan pasangan khuatir akan berlaku maksiat berterusan memandangkan perkenalan kami telah masuk 3 tahun.

hasrat berkahwin dengannya ditentang keluarga berikutan status pekerjaannya. 

salah ke kalo kami ambil keputusan untuk kahwin lari@sembunyikan perkahwinan daripada family sebab takut kena buang family?

Jawapan :

Jika keluarga menentang perkahwinan dengan sebab status pekerjaan pasangan anda, bermakna jika perkara ini boleh diselesaikan maka mereka tidaklah menentang lagi kerana yg menjadi halangan ialah tidak berkenan dengan pekerjaan pasangan bukan kepada diri pasangan. Kalau memang sungguh nak mendirikan rumah tangga, carilah pekerjaan yg tidak menimbulkan masalah kepada keluarga.

Kahwin lari nampak macam selesai masalah tetapi sebenarnya menimbulkan masalah. Akibatnya menjadikan perpecahan dalam keluarga dan dendam dan sakit hati dan benci membenci. Islam tidak menyuruh perkahwinan sebegini. Perkahwinan sepatutnya mengeratkan lagi kasih sayang didalam keluarga.

 

wallahua'lam 

 
Fahaman Wahabi
Rating Pengguna: / 6
Pelbagai
Ditulis oleh Lutfil   
Monday, 02 November 2009

Salam Ustaz Azhar yang saya hormati

Minta ustaz jelaskan maksud fahaman wahabi. Saya banyak membaca dari internet menyatakan bahawa bekas mufti perlis Dr. Asri berfahaman wahabi (betul atau tidak saya tidak tahu) tapi ada di antara kenyataannya saya baca dari internet yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunni/ mengelirukan antaranya:

i) mempelajari sifat dua puluh (ALLAH) melemahkan minda

ii)bacaan qunut dalam solat (subuh) tidak perlu

iii)soal saf kanak2 di belakang tidak perlu di pandang berat dan menjadikan minda sempit untuk membicarakan soal itu.

 DLL..

minta Ustaz perjelaskan sebab saya ragu-ragu dengan bekas mufti ini. Dr. Badrul Amin pun pernah menghentam bekas mufti ini.

Terima kasih, wassalam

p/s: penahanannya semalam sehingga kini tiada pertuduhan daripada JAIS.

 

Jawapan :

Dewasa ini timbul sekali lagi golongan yg suka mempertikaikan masalah2 atau amalan2 yang berlaku khilaf dikalangan ulamak fiqh . Sepatutnya kalau seorang itu memang memahami agama dia akan bersungguh untuk memerangi maksiat, khurafat dan perkara2 haram yg banyak dikerjakan orang bukannya perkara2 khilafiyah.

Imam2 mujtahid, ulamak2 besar bersifat terbuka dalam perkara2 furu' seperti qunut subuh, baca talqin dan seumpamanya.

Lihatlah ulamak2 besar didunia hari ini seperti Syeikhul al-Azhar umpamanya apabila ditanyakan perkara furu' mereka akan menjawab dengan ilmiyah dan berlapang dada tidak memaksa orang ramai mengikut satu pendapat sahaja.

Pernah ditanya Al-Marhum Syeikh Ali Jaadul Haq bekas Syeikhul al-Azhar yg lepas tentang qunut subuh, beliau menyatakan kesemua pendapat yg mengatakan sunat dan yang mengatakan tidak sunat dengan disertakan dalil masing2 dan akhirnya membuat rumusan siapa yg baca qunut maka dapat baginya pahala dan solatnya sah dan siapa yg tidak membaca qunut maka solatnya telah telah pun sah kerana qunut bukannya syarat atau rukun sembahyang.

Begitu juga jawapan yg diberikan olih Syeikh 'Athiyah Saqr bekas Ketua Lujnah Fatwa Universiti Al-Azhar.

Kalau seorang bertaraf ustaz menyatakan qunut subuh adalah bid'ah maka seolah2 dia lebih alim dari ulamak2 besar diatas. Adakah di terima aqal dia lebih alim dan ulamak2 tersebut tidak tahu atau bodoh?

Ini jika dibandingkan dengan ulamak Al_azhar, belum lagi dibadingkan dengan Imam Syafie rahimahullah Taala.

 

Wallahua'lam 

 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 15 - 21 dari 143