|
Munakahat Dan Kekeluargaan
|
|
Ditulis oleh abdulaziz
|
|
Sunday, 06 September 2009 |
|
salam ustaz,saya ada pertanyaan tentang apakah hukumnya suami yang selalu tidak cukup bagi duit belanja kepada isteri walaupun gaji suami dan gaji isteri hampir sama? sekian didahulukan ucapan terima kasih
abdul aziz bin abd rahman,ipoh perak
Jawapan :
Seorng suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya samada berupa wang atau barangan utk belanja makan minum, pakaian dan tempat tinggal.
Ramai yg salah faham berpendapat jika isteri telah ada pendapatan maka
suami tidak wajib lagi memberikannya wang sebagai nafaqah.
Tidak kira samada isterinya ada pendapatan atau tidak, suami tetap memikul kewajipan memberi nafaqah.
Cuma sunat hukumnya isteri yang kaya meringankan beban suaminya dalam perkara ini.
wallahua'lam
|
|
|
Pelbagai
|
|
Ditulis oleh shukri
|
|
Saturday, 05 September 2009 |
|
assalamu'laikum ustaz
ana nk mtk pendapat ckit, ana igt nk blaja kt pondok,tp ana xdok basic arab dan x khatam quran agi..umor ana skrang dah 21thun..ana skrg ni pelajar thun akhir di sebuah ipta..ana rse rugi byk dah mse ana duk blaja ilmu dunia sje..patut x ana msuk pondok ustaz?se agi pondok mne hok bgs2?rekemen ckt.
Jawapan :
Alhamdulilah saudara diberikan Allah swt kesedaran tentang pentingnya mencari ilmu akhirat.
Untuk makluman, tidak semestinya nak belajar agama itu kena tahu bahasa arab kerana di pusat2 pengajian Islam seperti pondok ini ada diajar ilmu2 berkaitan bahasa arab dan diajar juga ilmu tentang al_quran.
Kalau di sekitar K.Terengganu saya syorkan Pondok Darul Muhajirin di kampung Bukit Jong lbh kurang 20 km dari pusat bandar.
|
|
|
Muamalat
|
|
Ditulis oleh mustakim
|
|
Wednesday, 02 September 2009 |
|
salam ustaz,saya nk tau tentang loan kereta yang dibuat dengan bank, adakah itu termasuk dalam riba kerana 'bunga' yang diambil oleh pihak bank?apa hukumnya ustaz? minta penjelasan ustaz..terima kasih
Jawapan :
Haram membuat pinjaman yg mengenakan bunga atau riba sama ada untuk membeli kereta, rumah atau lainnya.
Pada masa ini umat Islam tidak ada pilihan melainkan mestilah mengikut sistem pinjaman secara Islamik kerana telah banyak sistem2 Islamik yg telah dijalankan dinegara kita.
wallahua'lam
|
|
|
Siasah
|
|
Ditulis oleh mohd radzi bin ab rahman
|
|
Friday, 04 September 2009 |
|
soalan saya ustaz....
Apakah status org-org yang menyokong UMNO...PAS mengatakan ahli-ahli umno nie kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah s.w.t seperti hukum hudud yang ingin di laksanakan oleh parti PAS........jika betul org -org umno nie jatuh kafir ,adakah wajib kita menyembahyangkan jenazah diorang jika berlakunya kematian bagi org umno.
minta ustaz terangkan......
Jawapan :
Hukum tidak mahu melaksanakan undang2 hudud tidak menyebabkan jadi kafir.
Jika alasan yg diberikan tidak munasabah maka jadilah orang yg tidak mahu melaksanakan hudud itu sebagai fasiq dan berdosa besar.
Ada pun jika enggan dengan sebab beriktikad bahawa undang2 hudud itu zalim atau tidak elok atau ketinggalan zaman maka barulah jatuh kepada kafir.
wallahua'lam
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 22 - 28 dari 143 |