|
Munakahat Dan Kekeluargaan
|
|
Ditulis oleh MUHAMMAD RASHDAN BIN MAT GHANI
|
|
Tuesday, 03 June 2008 |
|
Assalamua'laikum ustaz.. bagaimana hukumnya seorang yang berpenyakit mati pucuk berkahwin?dan bagaimana pula kalau ia tidak mahu berkahwin.. harap ustaz beri penjelasan..sekian
Jawapan :
Menurut ulamak fiqh orang yg mati pucuk itu makruh berkahwin tetapi sah.
Perlu diketahui bahawa berkahwin bukanlah wajib hukumnya.
Siapa yg tidak berkahwin tidaklah bedosa samada ia mati pucuk atau tidak.
wallahua'lam
|
|
|
Pelbagai
|
|
Ditulis oleh Sham
|
|
Thursday, 15 October 2009 |
|
Assalamualaikum wbt,
Ustaz, sy nk bertanya pendapat ustaz tentang kecelaruan dlm ati n fikiran sy skang.Sy sdh berkhwin dan mempunyai seorang ank,Sy sgt lemah dlm bab2 agama dan menyesal dgn dosa2 silam.Sejak akhir2 nie, ati sy slalu terdetik utk mengikuti pengajian pondok.Sy berhajat nk berhenti kerja dan pergi mengaji agama di pondok.Sy juga nk menjual kereta dan duit itu d berikn kpd isteri saya utk menyara keluarga semasa sy belajar..apa hukum mencarum insuran kemalangan diri?
Jawapan :
Harus menyertai skim insuran dengan syarat hendaklah skim itu bertepatn dengan hukum syara'.
Jika mencarum skim insuran nyawa dengan niat meringankan beban keluarga setelah mati maka tidaklah dilarang.
Ada pun jika menjadikan kita yakin keluarga yg ditinggal setelah kita tiada tidak akan kesusahan dengan kerana ada wang insuran maka ianya adalah haram dan syirik.
wallahua'lam
|
|
|
Siasah
|
|
Ditulis oleh muhammad hanis
|
|
Wednesday, 09 September 2009 |
|
ustaz,kan kita umat islam ni adalah bersaudara.. jadinya,kita ni dilarang dari berpecah-pecah.. tapi kalau tengok politik di malaysia ni,masya ALLAH.. macam2 cara diorang wat sbab nak tonjolkan parti masing2.. camne tu?
Jawapan :
Pastikan tujuan dan matlamat kita hanyalah kerana Allah dan Islam samada cara kita berekonomi, bekerja, bersukan, berhibur, berpolitik atau lainnya.
Tak salah berpolitik jika niat kita untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar.
Yg salahnya ialah mahu menang dan dapat kuasa maka dengan kuasa tersebut dapat membanyakkan harta dunia dan memuaskan nafsu.
Tidakkah kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw dan para sahabat sampai berperang bermati-matian kerana mahu menegakkan dakwah. Adakah sama dengan musyrikin yg juga berperang padahal dengan tujuan mempertahankan kebatilan dan nafsu? Sudah tentu berbeza walau pun sama2 berperang bermati-matian.
Natijahnya setiasalah bersama dengan golongan yg mahukan Islam dan jika ada apa2 kesilapan yg dilakukan olih golongan yang mahu menegakkan Islam, kritiklah dengan tujuan memperkasakan dan membaiki kelamahan.
wallahua'lam
|
|
|
Fiqh
|
|
Ditulis oleh kitong
|
|
Tuesday, 15 September 2009 |
|
Asalamualaikum
Saya nk tanya boleh ke tidak jika saya guna botol arak untuk isi air minuman contoh air mineral untuk saya minum?apa hukum nya?
Jawapan :
Harus menggunakan botol arak untuk mengisi air atau lainyya dengan syarat dibasuh terlebih dahulu botol tersebut hingga bersih. Manakala label arak yg ada pada luar botol itu hendaklah dibuang atau ditutup supaya tidak tersebar syiar yg diharamkan olih agama.
Wallahua'lam
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 29 - 35 dari 143 |