Kami ada 72 tetamu dan 4 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Dakwah & Tabligh
Rating Pengguna: / 6
Pelbagai
Ditulis oleh NIK MOHD AZRIN BIN AB AZIZ   
Sunday, 23 August 2009

Salam Ustaz...

 1)  Apa pendapat ustaz dengan usaha yang dibuat golongan tabligh zaman skrg.

2)  Apa hukumnya meninggalkan isteri dan anak 40hri/4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman skrg walaupun isteri dan anak meredhainya.

 

 

Jawapan :

 

1. Usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.

Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.

Skop dakwah sekarang semakin luas. Olih itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada utk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet.

Cuma ingat apbila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkalah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menetukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.

 

2.  Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafaqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama.

Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh olih agama.

 

wallahua'lam 

 
Masalah Cerai..
Rating Pengguna: / 2
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh mohd zamzuri bin mamat   
Sunday, 11 January 2009

assalamualaikum..

1) sy dulu berat nanang, bwk org puan, tp dok la sampai berzina, setelah terdgr CD ustaz sy insaf. sy berkahwin dan skrg isteri sy mengandung 5bulan, sy tengah runsing takut anak saya mengikut perangai sy masa jahil. kadang-2 saya menangis seorang diri sbb t`ingat dosa yang penah sy buat. adakah anak sy akan mengikut perangai sy dulu??

2) pernah seorang wanita tanya saya kahwin dah ke dok lagi.. saya jawap dok lagi, sedangkan saya sudah kawin. adakah jatuh talak kepada isteri saya??

3) Alhamdulillah dgn m`dengar CD dan kdg ada masa sy g jugak kat ustaz ngajar.. sy blh ar sikit lening tarbiah isteri saya, dulu berat jugok. masalahnya keluarga isteri saya berat nanang sgt.. sek kuat umno. sy xreti dah nak buat guane.. beri dgr CD ustaz dia wak mcm dok dgr, sakit hati jugok kdg-2.. nak wak guane gok ustaz??

tolong jawap ustaz.. sekian terioma kasih.

 

 

Jawapan :

1. Jika kita telah bertaubat dgn taubat nasuha Allah swt pasti akan menerima taubat kita.

Berkenaan turunnnya perangai tersebut kepada anak2 maka sentiasalah berdoa kepada Allah swt minta dipeliharakan anak isteri. Hanya Allah swt yang mampu melindungi anak isteri dari berperangai seperti itu disamping tarbiah secukupnya dari kita.

 

2.  Jika sambil menjawab 'dak lagi' itu disertakan niat cerai didalam hati maka jatuhlah satu talak tetapi jika sekadar lafaz sahaja tanpa niat cerai maka tidaklah jatuh talak.

 

3.  Banyakkan solat hajat dan berdoa dgn ikhlas insyaAllah akan lembut lama kelamaan hati mereka itu. Banyak bersabar kerana hati manusia bukannya seperti besi yg mudah dilentur . Tunjukkan akhlaq mulia agar mereka terpesona utk bersama2 menjadi hamba Allah yg taat beragama.

 

wallahua'lam 

 
Hina Al Quran
Rating Pengguna: / 5
Aqidah
Ditulis oleh Mohd Amran bin Sidek   
Wednesday, 28 May 2008

 assalamualaikum ustaz,

semasademan pilihan raya baru2 ni muslimat telah peri rumah ke rumah untuk merahih undi, ada seorang atau ramai dari surirumah yang biru pekat telah menyatakan a quran hanya boleh diguna pakai semasa zaman fir'un dan juga zaman sahabat sahaja dan tidak raleven untuk digunakan pada zaman kini, apakah pandangan ustaz,

wassalam. 

 

Jawapan :

Menurut fatwa ulamak perkataan seperti itu menjatuhkan yg berkata kepada kufur kerana ada pada perkataan seperti ini tidak yakin dengan hukum Islam dan merendah2kan Al-Quran.

Maka yang berkta wajib bertaubat dengan segera dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menarik kembali ucapannya itu.

 

Rujukan :

Kitab Fatawa Syeikh Abd Qadir Al-Mandiliy

Kitab Mustika Hadith

Himpunan Fatwa Mufti Mufti Tanah Melayu 

 
ingin tahu ( jumlah isteri Nabi )
Rating Pengguna: / 21
Sirah
Ditulis oleh mael   
Thursday, 08 May 2008

Soalan:

ingin tahu jumlah sebenar isteri rasulullah SAW?

 

Jawapan :

 

Istri-istri beliau itu adalah:

1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. Aisyah binti Abu Bakar Shiddiq
4. Hafshah binti Umar bin Khatab
5. Zainab binti Khuzaimah
6. Ummu Salmah binti Abu Umaiyah
7. Zainab bin Jahas
8. Juwairiah binti Harits
9. Ummu Habibah (Ramlah) binti Abi Sufyan
10. Shafiah binti Huyai bin Akhtab
11. Maimunah binti Harits

 

wallahua'lam 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 43 - 49 dari 143