Kami ada 42 tetamu dan 4 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Sunnah Syaitan
Rating Pengguna: / 12
Soal Jawab [Versi Audio]
Ditulis oleh www.kuliyah.net   
Monday, 18 January 2010

  • Hukum memakai kain pelikat bawah pada pusat ketika solat
  • Jari yang sunat dipakai cincin
  • Cara mengatasi sifat malas untuk belajar ugama
  • Haiwan kacukan manusia
  • Hukum berjimak dengan isteri di malam pertama
  • Hukum Imam tertinggal rukun
  • Larangan jual beli ketika solat Jumaat
  • Masalah menyentuh perempuan ketika ada wudhuk
  • Peraturan menegur orang tua/ibubapa
  • Tertib-tertib wali nikah
  • Masalah bersalaman selepas solat marghrib
  • Masalah imam tidur
  • Masalah niat ketika solat
  • Masalah bersalaman dengan wanita walaupun berlapik 

Sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar soal jawab ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookies"pelayar internet anda. 

*05.01.09 Pinang Merah

 
Mandi Wajib
Rating Pengguna: / 25
Pelbagai
Ditulis oleh PintuGuaZ   
Friday, 11 December 2009

1. Kalau seseorang berjunud dan tidak mandi junud selepas itu..kemudian keesokkan nya dia melakukan judud lagi, soalan saya perlukah dia mandi junud 2 kali kerana dia belum mandi wajib semasa berjudud sebelum itu.

2. Apakah hukum mengelurkan mani dengan sengaja?

 

Jawapan :

1. Tidak wajib mandi hadas dua kali kerana memadai dengan sekali mandi sahaja sekalipun berlaku hadas beberapa kali.

2. Haram lelaki mengeluarkan maninya dengan sengaja dan berdosa.

 

wallahua'lam 

 
memakai baju carlsberg
Rating Pengguna: / 36
Pelbagai
Ditulis oleh fitriyusof   
Wednesday, 09 December 2009

assalamualaikum ustaz, seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram?

terima kasih.jazakallah

Jawapan :

Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.

Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.

Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.

Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.

Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?

Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam.

 

wallahua'lam 

  

 
keliru
Rating Pengguna: / 8
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh biskut   
Friday, 04 December 2009

assalamualaikum ustaz..

seorang wanita telah terlanjur bersama teman lelakinya..akan tetapi mereka sekarang sedang berada di dalam situasi konflik..teman lelaki itu meminta dari wanita ini sedikit waktu dan ruang untuk dia berehat dan bertenang serta berjanji akan menghubungi wanita ini semula..walaubagaimanapun, wanita ini merasa takut dan gelisah jika dia ditinggalkan oleh teman lelaki itu..sejak awal lagi mereka telah berniat dan berjanji untuk berkahwin lebih2 lagi apabila mereka telah terlanjur..pihak keluarga telah mengenali tetapi tidak mengetahui tentang keterlanjuran mereka..persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh wanita itu sekarang?

sekian, terima kasih..

 

Jawapan :

Sepatutnya si lelaki bertanggung jawab dengan perbuatannya itu dan mengambilnya sebagai isteri.

Manakala perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki tersebut berkawhin dengannya.

Apabila si lelaki enggan atau menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri maka jelas dia ingin lari dari bertanggung jawab.

Tidak ada apa yg boleh dilakukan olih perempuan tersebut selain bertaubat kepada Allah swt memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk  dan memohon agar Allah swt membuka pintu hati lelaki tersebut agar timbul rasa bertanggung jawab dengan perbuatannya itu dan memohon agar Allah swt memudahkan urusan mereka berdua.

wallahua'lam 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 7 - 13 dari 143