Kami ada 46 tetamu dan 3 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Merangsang isteri ketika berjimak dengan memasukkan jari ke dalam faraj
Rating Pengguna: / 25
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh Abdul Halim Hakimi   
Saturday, 14 November 2009
Image

Assalamualaikum ustaz.

Saya pernah terbaca dalam satu e-book tentang cara melakukan rangsangan (ghairah) seks isteri ketika berjimak dengan menggunakan jari, iaitu dengan memasukkan jari ke dalam faraj isteri. Teknik yang diterangkan dalam e-book tersebut adalah dengan cara memsukkan jari suami ke dalam sebahagian faraj isteri dan menyentuh satu tempat dalam faraj isteri seterusnya menggerak-gerakkan jari tersebut sehingga berlaku ejakulasi pada isteri. Dikatakan dalam e-book tersebut bahawa, dengan teknik ini, isteri akan mencapai tahap kepuasan yang maksimum ketika hubungan kelamin tersebut.

 Jadi, persoalan saya, apakah hukumnya melakukan teknik sedemikian? Adakah teknik tersebut memang dibenarkan oleh syarak? Dan adakah teknik tersebut termasuk dalam melakukan onani terhadap isteri

Mohon bimbingan daripada ustaz.

Jawapan :

Hukumnya adalah harus dan tidak dikira onani.

Onani yang diharamkan ialah mengambil kesedapan dengan tangan sendiri tanpa pasangan yang sah.

Perlu diketahui harus suami menggunakan tangan isteri atau isteri menggunakan tangan suami utk mendapatkan keseronokkan samada ketika mengadakan hubungan atau tidak selama tidak pada dubur.

wallaha'lam 

 
Minyak wangi tanpa alkohol
Rating Pengguna: / 4
Ibadah
Ditulis oleh Ahmad Kamil Abdul Wahab   
Wednesday, 18 November 2009

Assalamualaikum..

Seseorang memakai minyak wangi tanpa alkohol disapu pada tangan dan selepas itu mengambil air sembahyang. Adakah sah solatnya sedangkan baunya masih melekat? bagaimana pula dengan mandi wajib?

Jawapan :

Jika wangian tersebut jenis yang tidak menghalang air dari sampai kepada anggota wuduk maka tidak wajib menanggalkannya terlebih dulu sebelum mengambil wuduk.

Jika wangian jenis berminyak maka hendaklah dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk jika ada wangian itu pada anggota wuduk seperti pada tangan.

Jika ada wangian tersebut pada bukan anggota  wuduk seperti pada leher maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

wallahua'lam 

 

 

 
Hukum melihat Jenazah?
Rating Pengguna: / 2
Fiqh
Ditulis oleh Ahmad Kamil Abdul Wahab   
Wednesday, 18 November 2009

Bolehkah kita melihat wajah jenazah yang telah siap sempurna di mandikan dan di solatkan?

Jawapan :

Ya. Harus melihat wajah jenazah yang bersamaan jantina selepas dikafankan sebelum ditanam tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram.

 

wallahua'lam 

 
Kubur campuran islam dan kafir
Rating Pengguna: / 2
Pelbagai
Ditulis oleh Shah Rizal Osman   
Thursday, 19 November 2009

Assalamualikum Ustaz,

Adakah dibolehkan orang islam ditanam bersebelahan dengan orang kafir? seperti yg berlaku di indonesia dimana orang islam ditanam bersebelahan dengan kafir , kubur mereka bercampuran.

Mintak ustaz perjelaskan.

sekian

terima kasih

SRO

KL

 

Jawapan :

Wajib atas pemerintah atau orang yg berkuasa dikalangan umat Islam menyediakan tanah perkuburan yg tidak bercampur dengan orang2 kafir. Pihak berkuasa berdosa keranamencampur kubur Islam dan kafir.

Jika tidak diberi pilihan maka tidaklah berdosa orang2 yang menjadi rakyat menanam mayat2 Islam disitu kerana keadaan mereka yg terpaksa akur dgn peraturan pemerintah namun.

Jika ada tanah lain yang boleh ditanam mayat2 Islam disitu maka wajiblah ditanam di tanah perkuburan tersebut.

wallahua'lam 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 13 - 19 dari 143