Kami ada 52 tetamu dan 4 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Halal atau haram..sarang burung
Rating Pengguna: / 4
Fiqh
Ditulis oleh Shafiza Rena Othman   
Monday, 09 November 2009

Salam..

Ana ingin tahu mengenai sup sarang burung. apakah hukum memakan atau meminum sup sarang burung??

terima kasih

 

Jawapan :

Hukum memakan sarang burung layang2 sebagai yg telah maklum itu adalah halal sebagaimanan difatwakan olih

Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wallahua'lam

 
status anak yang dilahirkan
Rating Pengguna: / 8
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh faratul akma   
Thursday, 29 October 2009

salam ustaz..

saya sorang gadis berusia 20 thn. ibu bapa sy bercerai ketika sy masih bayi walaupun saya tidak pernah melihat surat cerai mereka.

baru2 ini sy diberitahu oleh ayah saya bahawa ayah dan ibu sebenar sudah bercerai, kemudian berjumpe semula (tidak pasti selepas berapa minggu/bulan), melakukan hubungan dan kemudian sy d lahirkan. sy juga dipahamkan bhw status sy adlh anak luar nikah. benar kah ustaz?

tapi sejak kecil sy di binti kan dengan nama ayah, bukan Abdullah. Sekiranya saya ingin dinikahkan, perlukah sy menukar nama kpd 'binti Abdullah'? tidakkah ia akan mengaibkan ibubapa sy krn semua org patsi bertanya.

adakah ini bermakna abang saya (lain ibu) dan pakcik (adik ayah) juga tidak boleh mewalikan sy?

ustaz tlg jawab dgn terperinci. sy sgt mharapkan bantuan ustaz. terima kasih.

 

Jawapan :

Masih ada kesamaran tentang status saudari dari kerana tidak dapat dipastikan dengan tepat adakah ibu saudari dirujuk olih ayah saudari semasa pertemuan selepas bercerai itu.

Sebaiknya pastikan dahulu dari mulut ibu bapa sendiri adakah mereka telah rujuk semula seleps bercerai.

Jika mereka melakukan hubungan setelah habis eddah tanpa sempat rujuk maka saudari tidak boleh dibintikan kepada si ayah tersebut.

Tetapi jika mereka melakukan hubungan didalam masa eddah tanpa melafazkan rujuk maka saudari masih dikira anak yg sah menurut sebahgian ulamak. 

 

 
minta pendapat ustaz
Rating Pengguna: / 0
Siasah
Ditulis oleh mohd radzi bin ab rahman   
Friday, 04 September 2009

Assalamualaikum Ustaz.....saya ingin tahu,

betul kah orang yang  memilih parti PAS ,janjinya akan dimasukkan ke dalam syurga...yang meragukan saya mcm mana dgn ahli-ahli PAS  yang tidak melakukan perkara-perkara yang di suruh oleh Allah s.w.t ..... salah satu contohnya solat 5 waktu...Dan mcm mana pulak solat bagi orang-orang UMNO.Adakah solat mereka diterima oleh Allah s.w.t.

Boleh ustaz tolong terangkan.....

 

Jawapan :

Nak dapat pahala seterusnya syurga adalah berkait dengan ketaatan kita kepada perintah agama. Jika agama menyuruh kita menyokong orang2 yang mahu melakukan perkara kebajikan seperti amar maaruf nahi munkar maka berpahalalah orang2 yang membeikan sokongan.

Perkara kebajikan amatlah luas pengertiannya. Ada kala kebajikan itu ialah ibadah maka siapa yg menyokong orang2 ynag hendak menunaikan ibadah maka dia akan mendapat pahala.

Jadi kebajikan itu ada berbagai bukan sahaja ibadah tetapi lain2 seperti membina masjid, menegakkan hukum Islam dan seumpamanya.

Jadi jika ada satu golongan dinegara kita yang mahu menegakkan undang2 Islam maka siapa dari kalangan umat Islam yg menyokong atau membantu maka dia akan mendapat pahala di akhirat nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, dia meninggalkan yg wajib seperti solat maka dia berdosa pula kepada Allah swt.

Janganlah disangka jika telah menyertai golongan Islam atau menyokong parti Islam kita tidak wajib menunaikan kewajipan2 yg lain seperti solat, puasa, menutup aurat dan lainnya. 

Manakala solat orang2 yang menyokong parti yg tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan adalah sah dan mereka tergolong sebagai mukmin yg derhaka.

wallahua'lam

 
isteri tidak dapat nafkah zahir yg cukup daripada suami
Rating Pengguna: / 3
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh abdulaziz   
Sunday, 06 September 2009

salam ustaz,saya ada pertanyaan tentang apakah hukumnya suami yang selalu tidak cukup bagi duit belanja kepada isteri walaupun gaji suami dan gaji isteri hampir sama? sekian didahulukan ucapan terima kasih

 

abdul aziz bin abd rahman,ipoh perak

Jawapan :

Seorng suami wajib memberi nafaqah kepada isterinya samada berupa wang atau barangan utk belanja makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

Ramai yg salah faham berpendapat jika isteri telah ada pendapatan maka suami tidak wajib lagi memberikannya wang sebagai nafaqah.

Tidak kira samada isterinya ada pendapatan atau tidak, suami tetap memikul kewajipan memberi nafaqah.

 

Cuma sunat hukumnya isteri yang kaya meringankan beban suaminya dalam perkara ini. 

wallahua'lam 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 19 - 25 dari 143