|
Siasah
|
|
Ditulis oleh mohd radzi bin ab rahman
|
|
Friday, 04 September 2009 |
|
soalan saya ustaz....
Apakah status org-org yang menyokong UMNO...PAS mengatakan ahli-ahli umno nie kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah s.w.t seperti hukum hudud yang ingin di laksanakan oleh parti PAS........jika betul org -org umno nie jatuh kafir ,adakah wajib kita menyembahyangkan jenazah diorang jika berlakunya kematian bagi org umno.
minta ustaz terangkan......
Jawapan :
Hukum tidak mahu melaksanakan undang2 hudud tidak menyebabkan jadi kafir.
Jika alasan yg diberikan tidak munasabah maka jadilah orang yg tidak mahu melaksanakan hudud itu sebagai fasiq dan berdosa besar.
Ada pun jika enggan dengan sebab beriktikad bahawa undang2 hudud itu zalim atau tidak elok atau ketinggalan zaman maka barulah jatuh kepada kafir.
wallahua'lam
|
|
|
Fiqh
|
|
Ditulis oleh Masitah Ibrahim
|
|
Tuesday, 25 August 2009 |
|
Assamulaikum Ustaz,
Salam Ramadhan.
Saya ingin bertanya adakah berdosa besar bagi seorang islam menyuruh orang kafir untuk menolong menggantungkan ayat alquran (Frame) di didinding rumah atau pejabat.
Sekian, terima kasih.
Jawab :
Kata setengah ulamak haram orang yg berhadas atau orang kafir memegang ayat quran yg berada didalam frame.
Manakala setengah ulamak berpendapat yg diharamkan ialah memegang ayat Quran. Jika memegang frame tanpa tangan menyentuh ayat Quran maka tidaklah diharamkan.
wallahua'lam
|
|
|
Pelbagai
|
|
Ditulis oleh Siti Hajar
|
|
Thursday, 22 October 2009 |
|
Assalamualaikum Ustaz,
Ibubapa saya amat gemar berjalan2 dihujung minggu atau di masa kelapangan. Saya, suami serta anak2 saya kadang2 diajak pergi bersama (bagi menjaga hati orang tua, kami sekeluarga ikut sama) Kami tinggal di Kuala Lumpur, tempat yang dilawati adakalanya sehingga ke Pulau Pinang dan Johor dan balik pada hari yang sama tanpa ada perancangan yang khusus. Tujuannya hanyalah untuk mengisi masa lapang dan keluar dari kesibukan kota dan melihat2 tempat orang. Tetapi kerap juga kami pergi ketempat yang sama berulang kali, sekadar untuk tujuan yang tidak penting..seperti pergi ke Taiping semata2 untuk makan mee udang, kemudian balik semula ke KL selepas menikmatinya (walaupun sebelum ini kami telah ke sana). Soalan saya apakah hukumnya ke atas perbelanjan petrol, tol dan masa kami habiskan untuk perkara ini, diharap Ustaz dapat memberi penjelasan.
Jawapan :
Islam tidak menghalang perkara2 dunia yg tidak bercanggah dengan hukum syarak. Olih itu tidaklah dilarang pergi melancung, makan angin atau seumpamanya dgn syarat tidak meninggalkan yg wajib seperti solat.
Dunia yg dilarang ialah yg melalaikan dari tuntutan2 agama yang diwajbkan.
wallahua'lam
|
|
|
Munakahat Dan Kekeluargaan
|
|
Ditulis oleh safarin
|
|
Wednesday, 22 October 2008 |
|
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada 2 soalan,
1) Sekiranya kita menjimak isteri kita pada malam hari dan tidur, sehingga sampai waktu sahur kita bangun bersahur, dan tunggu sehingga masuk waktu subuh baru mandi wajib untuk solat subuh, adakah sah puasa kita sama ada puasa fardhu ataupun puasa sunat yang kita kerjakan.
2) Pada hari-hari apakah kita haram menjimak isteri kita, saya pernah mendengar kita haram menjimak isteri kita pada hari-hari besar islam contohnya 1 syawal...minta penjelasan..
Jawapan :
1. Sah puasa kita sekalipun melakukan mandi hadas setelah masuk waktu subuh kerana tidak disyaratkan utk sahnya puasa mesti mandi hadas terlebih dahulu cuma sunat hukumnya kita melakukan mandi hadas pada waktu malam selepas jimak dan jika mandi pada pagi sebelum masuk waktu subuh juga elok .
2. Tidak ada hari yg diharamkan kita jimak isteri melainkan ketika didalam ihram, ketika isteri didalam eddah sebelum rujuk dan ketika berpuasa sahaja.
wallahua'lam
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 25 - 31 dari 143 |