|
Siasah
|
|
Ditulis oleh muhammad hanis
|
|
Wednesday, 09 September 2009 |
|
ustaz,kan kita umat islam ni adalah bersaudara.. jadinya,kita ni dilarang dari berpecah-pecah.. tapi kalau tengok politik di malaysia ni,masya ALLAH.. macam2 cara diorang wat sbab nak tonjolkan parti masing2.. camne tu?
Jawapan :
Pastikan tujuan dan matlamat kita hanyalah kerana Allah dan Islam samada cara kita berekonomi, bekerja, bersukan, berhibur, berpolitik atau lainnya.
Tak salah berpolitik jika niat kita untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar.
Yg salahnya ialah mahu menang dan dapat kuasa maka dengan kuasa tersebut dapat membanyakkan harta dunia dan memuaskan nafsu.
Tidakkah kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw dan para sahabat sampai berperang bermati-matian kerana mahu menegakkan dakwah. Adakah sama dengan musyrikin yg juga berperang padahal dengan tujuan mempertahankan kebatilan dan nafsu? Sudah tentu berbeza walau pun sama2 berperang bermati-matian.
Natijahnya setiasalah bersama dengan golongan yg mahukan Islam dan jika ada apa2 kesilapan yg dilakukan olih golongan yang mahu menegakkan Islam, kritiklah dengan tujuan memperkasakan dan membaiki kelamahan.
wallahua'lam
|
|
|
Fiqh
|
|
Ditulis oleh kitong
|
|
Tuesday, 15 September 2009 |
|
Asalamualaikum
Saya nk tanya boleh ke tidak jika saya guna botol arak untuk isi air minuman contoh air mineral untuk saya minum?apa hukum nya?
Jawapan :
Harus menggunakan botol arak untuk mengisi air atau lainyya dengan syarat dibasuh terlebih dahulu botol tersebut hingga bersih. Manakala label arak yg ada pada luar botol itu hendaklah dibuang atau ditutup supaya tidak tersebar syiar yg diharamkan olih agama.
Wallahua'lam
|
|
|
Fiqh
|
|
Ditulis oleh Hawa Ahmad
|
|
Friday, 18 September 2009 |
|
Asslamualaikum..ustaz semoga sihat selalu
1) saya nak tanye ustaz..air mani & air mazi tu sama ker..air mani kalau kuar secara sengaja atau tak sengaja memang wajib mandi wajib ustaz n air mazi pun same ker ustaz ..sebab kawan saya cakap xpayah mandi kalau air mazi tapi bila bace dalam majalah kena mandi wajib..?
Jawapan :
Air mazi tak sama dengan air mani.
Keluar air mazi menyebabkan batal wuduk tetapi tidak wajib mandi dan hukumnya adalah najis sebagaimana air kencing.
Manakala keluar air mani menyebabkan hadas besar dan wajiblah melakukan mandi dengan niat mengankat hadas yg besar.
Air mazi keluar ketika rasa syahwat dan jernih lagi licin sifatnya manakala air mani keluar ketika klimak syahwat dan keruh serta kasat.
Tidak benar kenyataan dlm majalah tersebut mungkin tersilap cetak.
wallahua'lam
|
|
|
Pelbagai
|
|
Ditulis oleh mohd zamani zaini
|
|
Saturday, 10 October 2009 |
|
assalamualaikum ustaz...
1) pernah ustaz dengar tentang pertubuhan NGO ABJAD? bolehkah ustaz terangkan ABJAD itu tak terpesong?
2) seorang cikgu sekolah kerajaan yg menjadi ahli ABJAD, menerangkan kepada saya, sekiranya minuman dalam botol dikongsi ( togok ) bersama lelaki dan perempuan yg sah nikah boleh jatuh hukum zina.. betul ke?
Jawapan :
1. Sila jelaskan pertubuhan ABJAD yg mana satu yg dimaksudkan.
2. Tidak benar jatuh berzina jika dengan hanya berkongsi botol minuman antara lelaki dan wanita yg bukan mahram.
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 31 - 37 dari 143 |