|
assalamualaikum..
1) sy dulu berat nanang, bwk org puan, tp dok la sampai berzina, setelah terdgr CD ustaz sy insaf. sy berkahwin dan skrg isteri sy mengandung 5bulan, sy tengah runsing takut anak saya mengikut perangai sy masa jahil. kadang-2 saya menangis seorang diri sbb t`ingat dosa yang penah sy buat. adakah anak sy akan mengikut perangai sy dulu??
2) pernah seorang wanita tanya saya kahwin dah ke dok lagi.. saya jawap dok lagi, sedangkan saya sudah kawin. adakah jatuh talak kepada isteri saya??
3) Alhamdulillah dgn m`dengar CD dan kdg ada masa sy g jugak kat ustaz ngajar.. sy blh ar sikit lening tarbiah isteri saya, dulu berat jugok. masalahnya keluarga isteri saya berat nanang sgt.. sek kuat umno. sy xreti dah nak buat guane.. beri dgr CD ustaz dia wak mcm dok dgr, sakit hati jugok kdg-2.. nak wak guane gok ustaz??
tolong jawap ustaz.. sekian terioma kasih.
Jawapan :
1. Jika kita telah bertaubat dgn taubat nasuha Allah swt pasti akan menerima taubat kita.
Berkenaan turunnnya perangai tersebut kepada anak2 maka sentiasalah berdoa kepada Allah swt minta dipeliharakan anak isteri. Hanya Allah swt yang mampu melindungi anak isteri dari berperangai seperti itu disamping tarbiah secukupnya dari kita.
2. Jika sambil menjawab 'dak lagi' itu disertakan niat cerai didalam hati maka jatuhlah satu talak tetapi jika sekadar lafaz sahaja tanpa niat cerai maka tidaklah jatuh talak.
3. Banyakkan solat hajat dan berdoa dgn ikhlas insyaAllah akan lembut lama kelamaan hati mereka itu. Banyak bersabar kerana hati manusia bukannya seperti besi yg mudah dilentur . Tunjukkan akhlaq mulia agar mereka terpesona utk bersama2 menjadi hamba Allah yg taat beragama.
wallahua'lam
|