Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 102 tetamu dan 2 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

aku keliru...junub
Rating Pengguna: / 2
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh safarin   
Wednesday, 22 October 2008

 

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada 2 soalan,

1)  Sekiranya kita menjimak isteri kita pada malam hari dan tidur, sehingga sampai waktu sahur kita bangun bersahur, dan tunggu sehingga masuk waktu subuh baru mandi wajib untuk solat subuh, adakah sah puasa kita sama ada puasa fardhu ataupun puasa sunat yang kita kerjakan.

 

2) Pada hari-hari apakah kita haram menjimak isteri kita, saya pernah mendengar kita haram menjimak isteri kita pada hari-hari besar islam contohnya 1 syawal...minta penjelasan..

Jawapan :

1. Sah puasa kita sekalipun melakukan mandi hadas setelah masuk waktu subuh kerana tidak disyaratkan utk sahnya puasa mesti mandi hadas terlebih dahulu cuma sunat hukumnya kita melakukan mandi hadas pada waktu malam selepas jimak dan jika mandi pada pagi sebelum masuk waktu subuh juga elok .

2. Tidak ada hari yg diharamkan kita jimak isteri melainkan ketika didalam ihram, ketika isteri didalam eddah sebelum rujuk  dan ketika berpuasa sahaja. 

wallahua'lam

 
Mati Pucuk
Rating Pengguna: / 2
Munakahat Dan Kekeluargaan
Ditulis oleh MUHAMMAD RASHDAN BIN MAT GHANI   
Tuesday, 03 June 2008

Assalamua'laikum ustaz.. bagaimana hukumnya seorang yang berpenyakit  mati pucuk berkahwin?dan bagaimana pula kalau ia tidak mahu berkahwin.. harap ustaz beri penjelasan..sekian

Jawapan :

Menurut ulamak fiqh orang yg mati pucuk itu makruh berkahwin tetapi sah.

Perlu diketahui bahawa berkahwin bukanlah wajib hukumnya.

Siapa yg tidak berkahwin tidaklah bedosa samada ia mati pucuk atau tidak.

wallahua'lam 

 
Keliru..insuran nyawa
Rating Pengguna: / 6
Pelbagai
Ditulis oleh Sham   
Thursday, 15 October 2009

Assalamualaikum wbt,

Ustaz, sy nk bertanya pendapat ustaz tentang kecelaruan dlm ati n fikiran sy skang.Sy sdh berkhwin dan mempunyai seorang ank,Sy sgt lemah dlm bab2 agama dan menyesal dgn dosa2 silam.Sejak akhir2 nie, ati sy slalu terdetik utk mengikuti pengajian pondok.Sy berhajat nk berhenti kerja dan pergi mengaji agama di pondok.Sy juga nk menjual kereta dan duit itu d berikn kpd isteri saya utk menyara keluarga semasa sy belajar..apa hukum mencarum insuran kemalangan diri?

Jawapan :

Harus menyertai skim insuran dengan syarat hendaklah skim itu bertepatn dengan hukum syara'.

Jika mencarum skim insuran nyawa dengan niat meringankan beban keluarga setelah mati maka tidaklah dilarang.

Ada pun jika menjadikan kita yakin keluarga yg ditinggal setelah kita tiada tidak akan kesusahan dengan kerana ada wang insuran maka ianya adalah haram dan syirik.

 

wallahua'lam 

 
mana satu?
Rating Pengguna: / 15
Siasah
Ditulis oleh muhammad hanis   
Wednesday, 09 September 2009

ustaz,kan kita umat islam ni adalah bersaudara.. jadinya,kita ni dilarang dari berpecah-pecah.. tapi kalau tengok politik di malaysia ni,masya ALLAH.. macam2 cara diorang wat sbab nak tonjolkan parti masing2.. camne tu?

 

Jawapan : 

Pastikan tujuan dan matlamat kita hanyalah kerana Allah dan Islam samada cara kita berekonomi, bekerja, bersukan, berhibur, berpolitik atau lainnya.

Tak salah berpolitik jika niat kita untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi munkar.

Yg salahnya ialah mahu menang dan dapat kuasa maka dengan kuasa tersebut dapat membanyakkan harta dunia dan memuaskan nafsu. 

Tidakkah kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw dan para sahabat sampai berperang bermati-matian kerana mahu menegakkan dakwah. Adakah sama dengan musyrikin yg juga berperang padahal dengan tujuan mempertahankan kebatilan dan nafsu? Sudah tentu berbeza walau pun sama2 berperang bermati-matian.

Natijahnya setiasalah bersama dengan golongan yg mahukan Islam dan jika ada apa2 kesilapan yg dilakukan olih golongan yang mahu menegakkan Islam, kritiklah dengan tujuan memperkasakan dan membaiki kelamahan.

 

wallahua'lam 

 
botol arak
Rating Pengguna: / 1
Fiqh
Ditulis oleh kitong   
Tuesday, 15 September 2009

Asalamualaikum

Saya nk tanya boleh ke tidak jika saya guna botol arak untuk isi air minuman contoh air mineral untuk saya minum?apa hukum nya?

 

Jawapan :

Harus menggunakan botol arak untuk mengisi air atau lainyya dengan syarat dibasuh terlebih dahulu botol tersebut hingga bersih. Manakala label arak yg ada pada luar botol itu hendaklah dibuang atau ditutup supaya tidak tersebar syiar yg diharamkan olih agama.

Wallahua'lam 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 57 - 64 dari 170