| hukum memakai minyak rambut & wangian yg mengandungi alcohol |
|
|
|
| Ditulis oleh azman | |
| Thursday, 10 July 2008 | |
|
Assalamualaikum wbt Ustaz, Saya ingin bertanya hukum memakai minyak rambut & wangian yg mengandungi alcohol, bolehkah saya menunaikan solat dengan memakai barangan tersebut?? Minta Ustaz perjelaskan kekeliruan ini... .......................................... w.salam Hukumnya bergantung atas jenis alkohol yang digunakan dalam wangian tersebut. Jika alkohol yang diginakan itu bukan dari jenis najis maka tidak ada masalah pada memakainya. Ada pun wangian yang mengandungi alkohol yang dibuat dari najis maka berlaku khilaf dikalangan ulamak fiqh yaitu satu pendapat mengatakan tidak boleh memakainya dialam solat kerana keadannya najis yang menafikan sahnya solat tersebut. Pendapat yang kedua mengatakan hukumnya harus dibawa solat kerana najis yang tedapat dalam alkohol tersebut adalah sedikit dan dimaaf disisi syarak. Sekiranya berasa ragu tentang kesuciaannya maka hendaklah dijauhi supaya ibadah yang kita kerjakan benar2 suci dan diyakini. wallahua'lam
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




