| lagi tentang AlQuran |
|
|
|
| Ditulis oleh ibnusyed | |
| Monday, 23 June 2008 | |
|
Assalamualikum ustaz, sebelum ini saya ada bertanya apakah hukum memegang atau menyentuh alquran tanpa mempunyai air sembahyang. 1. bagaimana pula jika saya sedang membawa alquran untuk ke kelas pengajian, tiba2 saya terkentut. perlukah saya meletakkan alquran dimana2 dan pergi mengambil air sembahyang sebelum mengambil kembali alquran tersebut? 2. bagaimana pula jika saya sedang membaca alquran, dan terkentut. apakah hukum membaca alquran tanpa air sembahyang? 3. apa pula hukumnya membawa handphone yang didalamnya terdapat software alquran? perlukah saya sentiasa mempunyai air sembahyang? adakah saya tidak boleh membawa handphone saya kedalam tandas? 4. saya pernah lihat nama Allah dan nabi Muhammad di tali pinggang dan topi terutamanya pada pakaian seragam polis dan tentera. Adakah mereka pelu menanggalkannya jika ingin masuk ketandas? harap ustaz dapat membantu. Syukran. ----------------------------------------------------------- w.salam 1. Siapa yang sedang memegang Quran kemudian terbatal wuduknya dengan sebab terkentut umpamanya maka wajiblah diletakkan Quran dan pergi mengambil wuduk jika ingin terus memegangnya. Tetapi jika ia sedang berjalan dan tiada tempat yang sesuai untuk meletakkan Quran itu atau takut dicuri atau dipijak atau seumpamanya maka dimaafkan baginya meneruskan memegang Quran itu sehingga sampai ke tempat yang patut ia letakkan Quran itu untuk mengambil wuduk. 2. Jika sedang membaca Quran lalu terkentut maka teruskan bacaanya itu dengan tidak memegang Quran kerana orang yang tidak ada wududk hanya dilarang memegang Quran tetapi tidak dilarang membacanya. 3. handphone yang mengandungi bacaan al-Quran tidak sama hukumnya dengan Al-Quran yakni tidaklah haram memegangnya cuma sunat baginya mempunyai wuduk. Begitu juga tidak haram baginya membawa masuk kedalam tandas dengan syarat hendaklah dipastikan tidak berbunyi bacaan Al-quran itu ketika berada dialamnya. 4. Tidak haram meletakkan nama Allah atau Muhammad pada topi seperti soalan ini tetapi wajiblah dipelihara dari dibawa masuk ke tempat yang tidak layak seperti tandas atau tempat2 yang kotor kerana memuliakannya. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




