Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

masalah najis jaket kulit babi PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 0
TerukBagus 
Ditulis oleh muhd sharul nizam jaafar.   
Thursday, 01 May 2008

Soalan: 

assalamuailaikum....

diharap ustaz dalam keadaan sihat sentiasa.saya rasa gembira bila dapat tahu ustaz ada membuat laman web sendiri.dengan ini lebih mudah untuk mereka yang di luar sana untuk lebih mengetahui info2 terkini,jadual kuliyah dan cukup mudah untuk mengajukan kemusykilan soal2 agama..... dengan ini mereka yang terlalu sibuk dengan tugasan dapat memafaatkan laman ini,dimana jua....

saya ada satu soalan..dulu saya pernah meminjam dan memakai jaket kulit kawan saya yang dibeli dari bundle pasar malam,dan saya terus memakainya tanpa usul periksa.....dan saya kembalikan semula kepadanya...setalah sekian lama barulah kawan saya dapati jaket kulit yang saya pakai ialah jaket kulit yang diperbuat drp kulit babi...sekarang adakah saya perlu menyamak najis yang terlekat pada badan saya....tetapi ianya sudah lama, berlaku dalam lebih kurang 2 bulan dan baru saya dapati jaket tersebut dibuat dr kulit babi bagaimana caranya ustaz?dan saya tidak tahu jaket itu ialah jaket kulit babi......

Jawapan: 

Assalamu'alikum.

Memakai suatu yang haram dalam keadaan tidak sengaja seperti baju yang diperbuat dari kulit babi tidaklah berdosa memakainya kerana sabda Nabi saw yang bermaksud ;

  "Tidaklah diambil kira keatas 3 golongan yaitu yang lupa dan kanak-kanak dan orang tidur."

Walau bagaimana pun jika salah suatu dari badan atau baju tersebut basah maka badan kita adalah di hukumkan sebagai mutannajis sekalipun tersalah memakainya. Maka wajiblah di basuh dengan air tanah sekali dan air bersih 6 kali kerana perintah Nabi saw.

Jika tidak ada salah suatu dari badan kita atau baju itu basah maka tidaklah wajib di basuh badan kita kerana tidak terlekat suatu najis dari baju tersebut.

Wallahua'lam 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >