| Pekerjaan..CCTV |
|
|
|
| Ditulis oleh musreen azwan mustafa | |
| Tuesday, 08 July 2008 | |
|
Assalamualaikum Ustaz, Saya berada di UK dan saya bekerja di sebuah syarikat yang membuat CCTV. Masalah saya adalah, CCTV yang di buat oleh company adalah antara yang terbaik Eropah dan oleh kerana itu cutomer CCTV ini datangnya dari pelbagai jenis. Ada yang nak beli CCTV untuk pasang di Bank, di Supermarket/Shopping complex, di Highway - highway, dan ade jugak yg customer beli utnuk di pasang di bangunan CASINO. So macam mana keadaan saya sekarang ustaz? Apakah hukum disebabkan salah seorang customer syarikat CCTV ini adalah mereka yang memberli CCTC untuk dipasang di bangunan Casino. Yang ingin berubah, Hamba Allah
................................... w.salam Jika CCTV tersebut dibeli oleh syarikat yang menjalankan kerja yang haram seperti kasino maka mereka yang sengaja menjual CCTV tersebut padahal telah mengetahui untuk digunakan di tempat yang haram maka dia adalah bersubahat melakukan suatu yang haram. Pekerja2 yang tidak terlibat dengan bahagian penjualan seperti bahagian pemasangan tidak terlibat sama sekali. Tetapi jika pekerja bahagian jualan tidak mengetahui bahawa pelanggan tersebut adalah pelaku dosa maka tidaklah ia dikira bersubahat sama. Bandingannya adalah sama dengan penjual pisau, maka jika tidak diketahui apakah tujuan pembeli yang telah membeli pisaunya itu maka hukumnya adalah harus sekalipun pisau yang dibeli itu boleh digunakan untuk perbuatan yang harus seperti sembelih dan boleh juga digunakan untuk melakukan dosa seperti membunuh. Ada pun mereka yang telah mengetahui bahawa tujuan pembeli itu hendak melakukan perkara dosa seperti mebunuh atau seumapamnya maka haram ia jual pisau tersebut kepadanya kerana haram bertolongan dalam kerja2 dosa dan maksiat. Rujukan Kitab Fatawa Syeikh Abd Qadir Al-Mandili wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




