Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

pemakaian purdah PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 25
TerukBagus 
Ditulis oleh Siti Sa'idah binti Zainal Abidin   
Friday, 27 June 2008

Assalamualaikum ya ustaz..

saya ingin tahu berkaitan purdah..sekiranya seseorang itu ingin memakai purdah kerana ingin menutup kecantikan dibolehkan ustaz? adakah pemakaian purdah ini digalakkan utk tujuan daripada lelaki yg bkn mahram tidak mudah untuk mendekati seseorang itu kerana seseorang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan padanya? saya kurang jelas tentang purdah ini..

terima kasih ya ustaz..

Jawapan: 

Wa'alaikum salam.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya. 

walahua'lam

 
< Prev   Seterusnya >

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...