| Perlu atau tidak samak |
|
|
|
| Ditulis oleh Mumtaz Ismail | |
| Wednesday, 11 June 2008 | |
|
Assalamualaikum Ustaz 1) Untuk pengetahuan ustaz, saya bekerja di sebuah syarikat yang dimiliki oleh bangsa cina. Di kawasan pejabat saya itu ada membela dua ekor anjing. Anjing tersebut gemar tidur di bahagian kaki lima pejabat. kadang-kala anjing itu betul-betul tidur di depan pintu pejabat tetapi tidaklah pula sampai ke dalam pejabat. Apakah hukumnya jika kamu lalu di kawasan tersebut. Adakah kasut atau selipar yang kami gunakan perlu disamak sebelum di bawa ke kawasan rumah kami.
2) Soalan yang kedua ini benar-benar membuatkan saya mushkil. Memandangkan kadang-kala tidak ada apa-apa kerja langsung di pejabat (ada 2 orang saja di dalam pejabat), saya membawa pakaian suami saya untuk di sterika di pejabat. Saya telah menggunakan bekas atau gayung(cebok) untuk merenjis-renjis air ke atas baju tersebut supaya memudahkan untuk menggosok. Saya telah melakukan kerja tersebut untuk beberapa kali. Dikawasan pejabat saya terdapat satu kolam ikan yang berukuran 10' x 10' persegi. Kolam tersebut ada menggunakan water pump bagi tujuan pengaliran oksigen. Jika hendak membersihkan kolam ikan itu , pekerja di pejabat saya akan menggunakan gayung(cebok) yang sama saya gunakan untuk menggosok pakaian untuk membuang air dari kolam tersebut. Tiba-tiba pada suatu hari saya terlihat anjing di pejabat saya itu telah meminum air di kolam itu beberapa kali dan saya telah berpesan pada pekerja yang membersihkan kolam itu. Malangnya saya lupa yang saya juga menggunakan gayung(cebok) yang sama untuk membersihkan kolam (anjing minum dari kolam tersebut) untuk menggosok baju . Soalannya perlukah baju tersbut di samak? Kalau perlu bagaimana kerana memandangkan baju itu telah dibasuh di dalam mesin basuh bersama baju-baju lain beberapa kali termasuk pakaian sembahyang(boleh kata semua baju dalam rumah) Saya telah bertanya pada seseorang yang mengatakan tidak perlu disamak memandangkan air itu sentiasa mengalir (seperti dalam keadaan akuarium). Walaupun begitu saya masih tidak puas hati sehingga saya mendapat jawapan yang benar-benar sahih. Saya benar-benar berharap ustaz dapat menolong saya dalam masalah ini. dan saya dahului dengan berbanyak-banyak terimakasih. Maaf di atas soalan saya yang agak panjang ini.
wassalam Mumtaz Ismail Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
-------------------------------------------------- w.salam 1. Tidak wajib dibasuh kasut atau alas kaki yang digunakan untuk lalu dihadapan pejabat tersebut melainkan yakin terlekat najis anjing itu pada kasut kita. 2. Jika air dalam kolam ikan itu sampai ukurannya dua kolah maka tidaklah air itu menjadi najis dengan sebab anjing meminum didalamnya. Adapun jika air dalam kolam ikan itu tidak sampai ukurannya dua kolah maka air yang ada didalamnya menjadi najis apabila anjing meminum didalamnya. Ini kerana hadith Nabi saw yg bermaksud ; "Apabila meminum anjing didalam bekas air kamu maka basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan yang awalnya dengan air tanah." Jadi apabila digunakan air itu untuk merenjis pakaian maka pakaian itu wajib dibasuh 7 kali basuhan untuk kembali menjadi suci. Pakaian2 lain yang disyakki telah bercampur dengan pakaian yang direnjis air najis itu tidak wajib dibasuh 7 kali tetapi wajib dibasuh sekali saja sampai bersih. wallahua'lam
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




