Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Beramal Dgn Hadith Dhoif PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 10
TerukBagus 
Ditulis oleh Sirajudin Abas   
Sunday, 08 June 2008
Hukum Beramal Dengan Hadith Dhoief

Ada juga yang membidahkan amal ibadat yang berdalilkan Hadis dha’if...

Pendapat yang macam begini adalah keliru kalau tidak akan dikatakan salah besar.

Hadith yang dha’if bukanlah Hadits yang maudu’ ( hadits dibuat buat ), tetapi hanya Hadits yang lemah sanadnya, dan bukan Hadits yang tidak benar, bukan Hadits bohong, kerana asalnya dari Nabi juga.
Hukum Beramal Dengan Hadith Dhoief

Ada juga yang membidahkan amal ibadat yang berdalilkan Hadis dha’if...

Pendapat yang macam begini adalah keliru kalau tidak akan dikatakan salah besar.

Hadith yang dha’if bukanlah Hadits yang maudu’ ( hadits dibuat buat ), tetapi hanya Hadits yang lemah sanadnya, dan bukan Hadits yang tidak benar, bukan Hadits bohong, kerana asalnya dari Nabi juga.

Hadits yang dikatakan dha’if atau lemah ini ialah Hadits yang derajatnya kurang sedikit dari Hadits Shahih atau Hadits Hasan.
Hal ini dapat dicontohkan umpamanya kepada sebuah Hadits dari Nabi, kemudian turun kepada Mansur, turun lagi kepada Zeid, turun lagi kepada Khalid dan akhirnya turun kepada Ibnu Majah atau Abu Daud.

Ibnu Majah atau Abu daud membukukan Hadits itu dalam kitabnya.
Kalau orang yang bertiga tersebut, yaitu Mansur, Zeid dan Khalid terdiri dari orang baik-baik, dengan arti baik perangainya, saleh orangnya, tidak pelupa hafalannya, maka haditsnya itu dinamai hadits shahih.

Tetapi kalau ketiganya atau salah seorang dari padanya terkenal dengan akhlaknya yang kurang baik, umpamanya pernah makan di jalanan, pernah buang air kecil berdiri, pernah suka lupa akan hafalannya, maka haditsnya dinamai Hadits dha’if (lemah).

Pada hakikatnya Hadits yang semacam ini adalah dari Nabi juga, tetapi “sanadnya” kurang baik. Bukan Haditsnya yang kurang baik.
Ada lagi yang menyebabkan Hadits itu menjadi dha’if, ialah hilang salah seorang daripada rawinya.

Umpamanya seorang Thabi’in yang tidak berjumpa dengan Nabi mengatakan : Berkata Rasulullah, pada hal ia tidak berjumpa dengan Nabi.
Hadits ini dinamai Hadits Mursal, yaitu Hadist yang dilompatkan ke atas tanpa melalui jalan yang wajar. Hadits ini ialah dha’if juga.
Dan banyak lagi yang menyebabkan dan membikin sesuatu Hadits menjadi dha’if atau lemah.

Tentang memakai Hadits dha’if untuk dijadikan dalil, terdapat perbedaan pendapat di antara Imam-imam mujtahid, yaitu :


1. Dalam madzhab syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti dzikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi d**ecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

2. Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

3. Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

Nah, di sini nampak bahwa Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya.
Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah.

Dipetik dari buku 40 Masalah Agama Jilid ke 3 oleh K.H. SIRADJUDDIN ABBAS.
Komen (5)Add Comment
Cuba solat istikhoroh ttg sst hadis
Dikomen oleh Norman bin Abdul Rahman, December 29, 2008
Assalamualaikum w.b.h, minta maaf kalau komen saya ni keterlaluan. Bagi sesiapa yang menolak hadis dhoif yg terdpt dlm ihya' ulumiddin. cuba solat istikhoroh bg memohon pertunjuk drp Allah S.W.T. sebab saya nk suruh saudara muroqobah pun saudara tak tahu & tak belajar
Pendapatan Halal
Dikomen oleh hait, June 20, 2009
Assalamualaikum.....
Adakah halal pendapatan bagi pengusaha salon kecantikan?
Adakah halal pendapatan kerajaan mengutip hasil cukai daripada arak,rokok dan seumpamanya?
Adakah halal pendapatan bagi perniagaan wang atas wang?

terima kasih........

smilies/grin.gif
doa
Dikomen oleh kio riders, June 20, 2009
Assalamualaikum........
apakah hukum menerbalikkan tangan semasa berdoa menolak bala?
terima kasih smilies/shocked.gif
...
Dikomen oleh salik, July 06, 2009
tuhan tak tengok tangan tu semasa berdoa
tapi hati
...
Dikomen oleh daie.., December 09, 2009
adakah buku muntakab aahadith merupakan hadis dhoif??

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...