| Kelebihan Bulan Ramadhan |
|
|
|
| Ditulis oleh Hamba Allah | |
| Tuesday, 19 August 2008 | |
|
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei. 2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud ....................
-------------------------------------------------------- KELEBIHAN BULAN RAMADHANBerikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei. 2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi 3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah." Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi 5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
wallahua'lam Komen (8)
![]() Dikomen oleh ibnatu, August 30, 2008
عن ابي هريره قال قال رسول الله (ص) اعطيت امتي خمس خصال في رمضان لم تعطهن امة قبلهم خلوف فم الصائم اطيب عند الله من ريح المسك وتستغفر لهم الحيتان حتى يفطروا. ويزين الله عزوجل كل يوم جنته ثم يقول يوشك عبادي الصالحون ان يلقوا عنهم المؤنة ويصيروا اليك وتصفد فيه مردة الشياطين فلا يخلصوا فيه الى ما كانوا يخلصوا اليه في غيره ويغفرلهم في اخر ليله قيل يا رسول الله اهى ليلة القدر قال لا ولكن العامل انما يوفى اجره اذا قضى عمله.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Dikomen oleh ikan, September 04, 2008
apakah hukum jika mengikut negara yang tidak mengamalkan undang2 Islam?
Dikomen oleh salyana, October 11, 2008
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا يزيد أنا هشام بن أبي هشام عن محمد بن الأسود عن أبي سلمة بن عبد الرحمن عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أعطيت أمتي خمس خصال في رمضان لم تعطها أمة قبلهم خلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك وتستغفر لهم الملائكة حتى يفطروا ويزين الله عز وجل كل يوم جنته ثم يقول يوشك عبادي الصالحون ان يلقوا عنهم المؤنة والأذى ويصيروا إليك ويصفد فيه مردة الشياطين فلا يخلصوا إلى ما كانوا يخلصون إليه في غيره ويغفر لهم في آخر ليلة قيل يا رسول الله أهي ليلة القدر قال لا ولكن العامل إنما يوفى أجره إذا قضى عمله
Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam musnad ahmad no. 7917, m/s 295, jld 13, tahqiq syuaib arnouth, muassasah risalah 1995) Kata syeikh syuaib arnouth - isnad daef jiddan (terlalu daef) Kata syeikh al-albany - daef jiddan (daef taghrib wa tarhib) kata Imam al-Hafiz al-Haithami - رواه أحمد والبزار وفيه هشام بن زياد أبو المقدام وهو ضعيف Dikomen oleh Mod SShah bin mariman, August 11, 2009
Harap tuan dapat menaipkan semula hadis asalnya dengan terang dan gunakan khat nasakh saiz 14 atau 16
Dikomen oleh muhammad fahmi bin abdul razak, August 21, 2009
asssalammualaikum....mcm mana lelaki seperti wanita nak saya tegur untuk berubah.....dan apakah dia wajib berpuasa...
Dikomen oleh sharizal, August 24, 2009
assalamulaikum ustaz tahniah mu punye pendapat bernas.....
Dikomen oleh akbar, July 12, 2010
Smoga kita diberi keberkahan di bulan Ramadhan!
Tulis komen.
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|







