| KEWAJIPAN ORANG-ORANG ISLAM TERHADAP AL-SUNNAH |
|
|
|
| Ditulis oleh Nurain Hasbah | |
| Friday, 15 August 2008 | |
|
KEWAJIPAN ORANG-ORANG ISLAM TERHADAP AL-SUNNAH oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi KEWAJIPAN ORANG-ORANG ISLAM TERHADAP AL-SUNNAH oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi Antara kewajipan orang Islam ialah mengetahui Manhaj Nabawi yang terdapat di dalamnya ciri-ciri kesyumulan, kesempurnaan, seimbang dan mudah, yang terpancar padanya makna ketuhanan yang utuh, kemanusiaan yang unggul dan keperibadian atau akhlak yang kukuh. Hal ini mewajibkan mereka mengetahui bagaimana hendak membetulkan kefahaman tentang al-Sunnah yang mulia ini dan bagaimana cara berinteraksi dengan pemahaman yang sebaik-baiknya sebagaimana amalan golongan terbaik umat ini, iaitu kalangan Sahabat dan para pengikut mereka. Pada pandangan penulis, masalah utama orang-orang Islam pada zaman ini ialah krisis pemikiran yang merupakan masalah dalaman. Contoh paling jelas dalam krisis pemikiran ini ialah masalah memahami dan berinteraksi dengan al-Sunnah, khususnya pada sesetengah ajaran utama Islam, yang dapat ditanggapi oleh mata kasar dan menjadi harapan serta diceburi oleh umat manusia di timur dan barat, yang kebanyakannya adalah natijah kefahaman mereka yang dangkal dan tersasar terhadap al-Sunnah. WASPADA TERHADAP TIGA PENYAKIT Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang memfokuskan kepada ilmu pengetahuan, kenabian dan Risalah yang ada di tangan para pelampau, pendusta dan orang-orang yang jahil. a. Penyelewengan Golongan Pelampau Al-Qur'an telah merakamkan hal demikian ketika Allah s.w.t. berfirman: Kerana ini Ibn 'Abbas telah meriwayatkan daripada Rasulullah s. a. w.: b. Pendustaan oleh orang-orang sesat Apabila mereka gagal menyusupkan sesuatu (rekaan dan bid'ah) ke dalam al-Qur'an yang dipelihara di dalam dada orang-orang Islam, yang termaktub di dalam mushaf-mushaf dan sentiasa dibaca oleh orang-orang Islam, mereka menyangka usaha-usaha mereka untuk membuat pendustaan atau tokok tambah terhadap al-Sunnah adalah lebih mudah, yang membolehkan mereka berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda ..." tanpa sebarang keterangan. Tetapi tokoh-tokoh ulama umat Islam dan para pemelihara (pencinta) al-Sunnah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menghadapi mereka dan menutup segala pintu pendustaan. Para ulama tidak akan menerima sebuah hadis pun tanpa sanad, dan mereka tidak akan menerima sanad-sanad tanpa menjelaskan perawi-perawinya satu-persatu, sehingga dikenali siapa dia dan diketahui riwayat hidupnya, bermula dari tarikh kelahirannya hingga saat kematiannya. Mereka juga ingin mengetahui di mana dia mendengar riwayat? Siapa guru-gurunya? Siapa sahabat-sahabatnya dan siapa murid-muridnya. Setakat mana sifat amanah dan taqwanya? Bagaimana hafalan dan ingatannya (kedabitan-nya)? dan setakat mana kesepakatannya dengan perawi-perawi thiqah yang masyhur atau periwayatan yang lemah (gharib) secara sendirian. Kerana itulah mereka mengatakan, "Al-Isnad (rantaian perawi) sebahagian daripada agama, jika tanpa al-isnad, orang akan mengatakan apa sahaja yang mereka mahu. c. Takwilan Orang-orang Jahil Inilah takwil yang buruk dan fahaman yang keji di kalangan orang jahil terhadap agama Islam, iaitu orang-orang yang tidak menghayati semangat agama dan tidak pula membuka mata mereka kepada kebenarannya, maka ilmu mereka tidak mantap untuk melihat kebenaran kerana mereka tidak terlepas daripada fahaman yang menyeleweng dan membelakangkan hukum-hukum yang tetap jelas atau al-muhkamat. Sebaliknya mereka mengikut hukum-hukum yang samar atau al-mutasyabihat dan mencipta fitnah dan takwilan-takwilannya kerana mengikut hawa nafsu yang menyesatkan daripada jalan Allah. Takwil orang-orang jahil ialah mereka memakai pakaian ulama dan menzahirkan sikap hukama. Inilah yang mesti kita berikan perhatian dan berwaspada serta merancang langkah-langkah yang perlu bagi menghindarkan diri daripada terjebak di dalamnya. Sesungguhnya kemusnahan golongan yang meyalahi danmeyimpang dari aqidah dan syariat Islam serta golongan yang sesat kerana takwilan mereka yang jelek dan keji. Sehubungan dengan itu, penulis memetik satu ucapan jelas daripada Imam Ibn al-Qayyim yang ditulis di dalam Kitab al-Ruh mengenai kepentingan kefahaman yang betul (baik) tentang Hadith Rasulullah s.a.w.: "Sepatutnya difahamkan maksud Hadith Rasulullah s.a.w. tanpa keterlaluan dan kecuaian. Janganlah diertikan (diandaikan) maksud percakapannya kepada yang bukan dimaksudkannya. Janganlah dikurangi maksudnya dan tujuan-tujuan kandungannya yang terdiri daripada petunjuk dan penerangan, sesungguhnya kecuaian dan penyimpangan maksud akan menyesatkan daripada maksud yang sebenar. Tiada yang mengetahui melainkan Allah, bahkan fahaman yang buruk dan salah yang menyimpang daripada maksud Allah dan Rasul-Nya merupakan punca segala bid'ah dan kesesatan yang dihidupkan di dalam Islam, juga punca segala kesalahan dalam memahami prinsip asas (al-usul) dan cabang hukum-hukum (al-furu'), dan tentunya membawa kepada objektif yang salah. Fahaman yang salah juga diakui dalam sesetengah perkara yang menjadi ikutan ramai dengan tujuan baik sedangkan orang yang diikuti bertujuan tidak baik. Apakah musibah yang terkena pada agama dan penganutnya (Islam)I Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan. Apakah yang telah berlaku kepada golongan Qadariyyaht Murji'ah, Khawarij, Mu'tazilah, Jahmiyyah, Rawafid dan semua golongan ahli bid'ah, melainkan fahaman yang salah mengenai Allah dan Rasul-Nya, hingga urusan memahami agama terletak di tangan kebanyakan orang. Inilah sebab kemunculan fahaman-fahaman (yang salah), di mana kefahaman para Sahabat dan Tabi'in r.a. mengenal Allah dan Rasul-Nya dibiarkan dan ditinggalkan oleh mereka… hingga anda membaca al-Qur'an dari awal hingga akhir, anda tidak mendapati fahaman sepertl golongan di atas memahami maksud daripada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang sepatutnya walau dalam satu tempat pun. Ini kerana dia mengetahuinya daripada kebiasaan fahaman orang ramai dan menolak apa yang didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. lantas terjadilah perkara yang sebaliknya, iaitu penolakan apa yang didatangkan kepada Rasulullah. Dia mengikut apa yang dipercayainya dan yang dipilihnya serta mengikuti orang yang disangka baik untuk dijadikan ikutan. Ketika itu kata-kata tidak berguna lagi. Semuanya akan ditolaknya, dan dipilihnya apa yang sesuai untuk dirinya sahaja...
wallahua'lam Komen (1)
![]() Dikomen oleh sembah allah sahaja, August 24, 2009
Hanya sedikit sahaja yang menyembah ALLAH SAHAJA, kebanyakan manusia menyekutu tanpa menyedari langsung dan menyangka amalan mereka betul. Syahadah hanya Allah tiada tuhan disampingnya. Jangan seru nama lain di sampingnya.
Tulis komen.
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|







