| Apakah Hukumnya Jika Kita.... |
|
|
|
| Ditulis oleh salmi | |
| Thursday, 25 September 2008 | |
|
assalamualaikum w.b.t.... Saya ada 2 soalan yang ingin mendapat jawapan yang pasti.Apakah hukumnya jika : 1.Membawa pendrive yang meyimpan alquran digital bersama kita semasa memasuki tandas? 2.Duduk tahyat akhir seperti duduk tahyat awal? ......................... w.salam 1.Tidak mengapa membawa pendrive atau CD atau seumpamanya yang ada terkandung didalamnya Al-Quran dengan syarat tidak dibunyikan atau dipaparkan Al-Quran tersebut semasa berada didalam tandas. Ini adalah kerana ketika ianya dipaparkan sahaja baharulah dihukumkan sebagai Quran dan semasa ia ditutup tidaklah dihukumkan sebagai Al-Quran. 2. Ketika duduk membaca tahyat akhir adalah afdhal duduk tawarruk dan ketika membaca tahyat awal duduk iftirash. Tetapi jika ketika duduk tahyat akhir kita duduk dengan duduk tahyat awal ini maka hukumnya adalah harus dan tidak menjadi sebarang kesalahan kerana cara duduk ini bukannya syarat sah sembahyang dan bukan pula rukun sembahnyang. Ia hanya sebagai sunat sahaja. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|




