Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Camne Nak Wat Ni PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 1
TerukBagus 
Ditulis oleh mileycyrus   
Wednesday, 02 July 2008

assalamualaikum ustaz...gni ustak...sy nk tanye pasal isap rokok ni..ape hukumnye?..kalau sy menghukumkannye makruh,macamaner?...sedangkan sy tahu rokok tu membazir duit dan membahayakan kesihatan..apakah itu dikira haram sy isap rokok?..minta penjelasan ustaz

soalan kedua ustaz

dakpe dok kite bace bacaan dlm solat dengan nada slow?sebab sy dgr baru ni ust. kate kite mesti bace skadar telinga kite je dgr.....kalu slow sapa telinga kite dok dgr gane ustaz?..

soalan ketiga

ape hukum kalu kite bace bacaan dalam solat  tidak mengikut tajwid ya betul?..contoh ketika rukuk,sujud,tahiyat dan lain2 kecuali alfatihah...kalu surah alfatihah tu sy tahu wajib baca ikut tajwid..

sy amat berharap ustaz dapat jawab soalan sy yang tak seberapa ni...sekian terima kasih

assalamualaikum wbt

 

---------------------------------------------------

w.salam

1.  Pendapat yang berkata hukum hisap rokok itu makruh adalah pendapat ulamak2 mazhab Syafi'e. Jika dengan menghisap rokok akan menyebakan sakit maka berubahlah hukum makruh itu kepada haram.

Membazir ada dua hukum. Membazir yang melampau batas hukumnya adalah haram. Membazir kategori inilah yang disebut didalam Quran sebagai saudara syaitan.

Membazir yang tidak melampau batas adalah makruh saja hukumnya dan bukannya termasuk saudara syaitan.

2.  Menurut pendapat yg muktamad disyaratkan mendengar bacaan2 yang dibaca didalam solat oleh telinga sendiri. Oleh itu jika tidak mendengar oleh telinga sendiri maka tidaklah sah bacaan tersebut. jika bacaan itu merupakan rukun solat seperti membnaca Fatehah maka tidak sah solat tersebut.

Dan jika bacaan itu  adalah zikir yang sunat seperti zikir didalam rukuk maka tidak mendapat fadhilat.

Sebutan yang tidak keluar suara yang tidak kedengaran pada telinga sebenarnya bukanlah bacaan. Fatehah dan zikir2 solat adalah bacaan. Kerana itulah disyaratkan mesti bersuara.. dan tidak dinamakan bersuara jika tidak didengar oleh  telinga sendiri.

3.  Jika bacaan tidak mengikut tajwid itu tidaklah sampai mengubah makna ayat maka tidaklah membatalkan solat tetapi wajib diulangi semula membaca ditempat yang salah itu.

Melainkan mereka yang baru belajar tajwid dan belum lagi pandai maka kesalahanya dimaaf pada syarak selama kesalahan tersebut terjadi dengan sebab belum pandai bukannya disengajakan. 

wallahua'lam 

 
< Prev   Seterusnya >

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...