Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

ganti puasa dan fidyah PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 18
TerukBagus 
Ditulis oleh Qaleefa   
Thursday, 26 June 2008

Assalamualikum..

1. Kanak2 perempuan yg sudah baligh ketika umur 11 tahun, wajib berpuasa di bulan ramadhan. .Dia tetap berpuasa di bulan ramadhan dan tidak puasa ketika haid 7 hari. disebabkan kejahilan utk menggantikannya, dia mengantikan pada tahun yg berikutnya ketika umur 12 tahun, tetapi dia wajibkan membayar fidiyah. tahun-tahun berikut setelah diberitahu wajib mengantikan puasa, dia mengantikan puasa seperti yg di tuntut.

Persoalannya, hanya setahun dia terlewat mengantikan puasa, wajib membayar fidiyah. dgn umur yg begitu muda, berbanding sekarang umurnya 26tahun, adakah fidiyah itu berganda2? sedangkan pada umur 11 tahun, memandangkan ketika usia kanak2, kejahilan, masalah kewangan,mgkn amik soal mudah tentang fidiyah,.adakah fidiyah itu perlu diganda sehingga usia 26 tahun ini? sedangkan hanya ketika umur 11-12 tahun itu sahaja tidak mengantikan puasa.

2. Jika  membayar fidiyah, kepada siapa harus di berikan? rumah anak2 yatim?

3. Bentuk apakah dan  jumlah yg perlu di bayar kepada mereka? cukup kah dgn sekampit beras?

 

--------------------------------------------

w.salam

1.  Seorang yang meninggalkan ibadah puasa yang wajib hendaklah mengqadhanya dengan segera. Jika sengaja dilewatkan qadha tersebut maka wajiblah pula ke atasnya membayar fidhyah dengan bilangan menurut bilangan hari yang ditinggalkan dengan sengaja itu.

Adapun jika diqadhanya segera yakni pada tahun selepas tahun ia meninggalkan puasa maka yang diwajibkan ke atasnya ialah mengqadha puasanya sahaja tidak wajib membayar fidhyah.

2.  Fidhyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin dan tidak boleh dibayar kepada anak yatim melainkan anak yatim tersebut adalah fakir atau miskin.

3.  Fadhyah puasa bulan ramadhan ialah membayar secupak beras untuk sehari puasa yang ditinggalkan atau dengan wang yang senilai dengan harga secupak beras.

wallahua'lam 

 
< Prev   Seterusnya >

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...