| Ganti Puasa |
|
|
|
| Ditulis oleh Yusniza | |
| Tuesday, 26 August 2008 | |
|
Assalamualaikum ustaz... Saya ada 2 soalan yang hendak ditanyakan. 1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah. 2) Seandainya ustaz tahu mentafsir mimpi.....apakah maksud mimpi saya ini? - Saya bermimpi suami saya hendak berkahwin satu lagi, dalam mimpi itu wanita itu menyuruh suami saya menceraikan saya dengan talak 3 sekiranya hendak berkahwin dengan dia. Dalam mimpi, saya menangis teresak-esak sehinggakan saya terjaga dari tidur dengan keadaan menangis. Sebelum ini saya pernah bermimpi 2x, suami saya 'mengauli' wanita lain. Saya amat takut dan runsing apabila teringat akan mimpi ini.
.............. w.salam 1. Jika tuan tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna tuan wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama yaitu tidak bertambah teteapi tuan wajib membayae fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan. Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan haris qadha. 2..Berkenaan mimpi sebaiknya bertanya mereka yang arif tentang mentadbirnya. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




