| Hukum Berkumur |
|
|
|
| Ditulis oleh syukrie | |
| Thursday, 25 September 2008 | |
|
Assalamualaikum Ustaz.. sy musykil dan ingin mendapatkan jawapan tentang hukum berkumur dengan alat kumur ,cthnya Listerine ketika waktu puasa. adakah harus atau makruh? niat sy hanya kerana ingin menyegarkan mulut dan nafas krn tdk digalakkan kerap gosok gigi ketika siang hari di bulan puasa. harap ustaz dpt bg jawapan.. terima kasih.. salam ramadhan. ...................................... w.salam Menurut pendapat yg muktamad dalam mazhab Syafie adalah harus berkumur membersihkan mulut atau bersugi sebelum masuk waktu zuhur dan selepas waktu zuhur hukumnya adalah makruh. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith dimana Nabi saw bersabda yg maksudnya : "Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah swt dari bau kasturi." Walau bagaimana pun Imam Nawawi berfatwa dengan tidak makruh membersihkan mulut sekalipun selepas masuk waktu zuhur kerana hadith tersebut bukan melarang membersih mulut hanya sanya menyatakan kelebihan orang yang berpuasa. Atas pendapat Imam Nawawi ini tidaklah mengapa membersihkan mulut dengan ubat pencuci mulut atas orang yang sedang berpuasa. Rujukan Kitab Majmuk Imam Nawawi Wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|




