| mandi wajib-macamana? |
|
|
|
| Ditulis oleh syawal | |
| Monday, 23 June 2008 | |
|
ustaz boleh x tolong bagi tahu saya bagaimana cara hendak mandi wajib dengan lebih sempurna.saya takut kalu saya silap madi wajib maka segala ibadat saya jadi sia-sia.tolong lah sya ustaz ----------------------------------- w.salam Cara mandi wajib yang sempurna ialah mulakan dengan bersuci kemaluan daripada najis kemudian mengambil wuduk. Setelah itu barulah memulakan mandi dengan menjirus kepala terlebih dahulu sambil berniat 'sahaja aku mandi yang wajib kerana Allah Ta'ala'. Setelah itu basuhlah bahagian badan dari atas kebawah dengan tiga2 kali basuh. Ketika membasuh bahagian kemaluan maka hendaklah duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan2 tubuh. Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya agar mandi kita itu sah untuk berbuat ibadah. Jika ada memakai cincin maka buangkan cincin itu sebelum mandi supaya air dapat sampai dengan rata pada sekelian jari. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




