| Sikap Sebilangan Jemaah JT (Jemaah Tabligh) |
| Ditulis oleh husin1987 | |
| Friday, 09 January 2009 | |
|
assalamualaikum. ana ada ikut JT (jemaah tabligh) sekarang tengah giat tadah kitab sairus salikin. masalahnya ada sebilangan ahli jt yang nampak memandang sebelah mata dengan ahli jt yang hadhir dalam kuliah2. ilmu. dikalangan ustaz yang ikut jt pun dipandang begitu juga. harap dapat nasihat dari ustaz. sekian.
w.salam Masalah yg saudara hadapi ada bersamaan dengan apa yg kebiasaanya berlaku dilain2 tempat. Sikap sebhagian jemaah tersebut tidak gemar menghadiri kuliyah agama terutama jika guru yg mengajar bukan dari kalangan mereka. Apa yg saya lihat jemaah tabligh di Fatani tidak seperti jemaah di tempat kita. Disana ahli jemaah tabligh suka mendalami ilmu agam dan mereka amat menghurmati tok2 guru dan para ulamak. Disini berlainan pula. Saya pernah lihat beberap kali ahli jemaah yg keluar dari surau apabila ada guru memulakan kuliyah. Mereka lebih suka pergi ke kedai untuk minum dan berbual2. Apabila sampai waktu isyak mereka pun kembali untuk solat berjemaah. Sebahagian jemaah tabligh pula keluar dari majlis dan duduk diluar surau atau masjid seolah2 mereka sudah alim dan tak wajib belajar agama. Padahal mereka masih jahil dengan hukum2 agama. Masyarakat melihat sikap mereka yg buruk ini yg akhirnya memandang serong pula kepada jemaah yg asal tujuannya amat baik. Sepatutnya jemaah tabligh mengikut amalan2 maulana2 mereka seperti maulanan Muhamad Ilyas dan Maulana Zakaria yg sangat kasih kepada majlis2 ilmu dan menghurmati alim ulamak. Perlu diingat ibadah sahaja kuat tapi ilmu tidak ada lebih banyak mendatangakan kerosakkan dari kebaikkan. wallahua'lam |