| Mati Pucuk |
| Ditulis oleh MUHAMMAD RASHDAN BIN MAT GHANI | |
| Tuesday, 03 June 2008 | |
|
Assalamua'laikum ustaz.. bagaimana hukumnya seorang yang berpenyakit mati pucuk berkahwin?dan bagaimana pula kalau ia tidak mahu berkahwin.. harap ustaz beri penjelasan..sekian Jawapan : Menurut ulamak fiqh orang yg mati pucuk itu makruh berkahwin tetapi sah. Perlu diketahui bahawa berkahwin bukanlah wajib hukumnya. Siapa yg tidak berkahwin tidaklah bedosa samada ia mati pucuk atau tidak. wallahua'lam ---------------------------------------------- w.salam Seorang lelaki yang tidak boleh melakukan jimak atau disebut sebagai mati pucuk boleh bernikah dengan syarat dimaklumkan perkara tersebut kepada pihak perempuan yang akan menjadi isterinya itu. Jika tidak dimaklumkan terlebih dahulu maka isterinya itu boleh melakukan fasakh yaitu dibatalkan pernikahan oleh pihak qadhi setelah diberi tempoh selam setahun untuk berubat sampai puleh. Isteri yang memohon fasakh tidak berdosa kerana nafakah batin adalah haknya yang wajib. Lelaki yang berpenyakit mati pucuk ini tidak salah kalau tidak mahu bernkahwin dan setengah ulamak berkata makruh lelaki seperti ini berkahwin. wallahua'lam |