bab nikoh kawin - cerai
Ditulis oleh Ahmad Ibni   
Tuesday, 24 June 2008

SAYA suri rumah sepenuh masa. Baru-baru ini suami berkahwin lain tanpa pengetahuan saya dan ia menyebabkan pergaduhan besar. Saya meminta suami membuat pilihan antara satu dan apabila keadaan kembali tenang, dia berkata: “Demi sayangkan awak, jika saya bersama (melakukan hubungan kelamin) dengannya, maka jatuh talak terhadap awak.” Saya faham dan bersetuju dengan janjinya.

Jatuh atau tidak talak terhadap saya jika suami tetap bersetubuh dengan isteri mudanya tanpa pengetahuan saya? Jika sudah berlaku perkara itu melebihi tiga kali, adalah bermakna sudah jatuh talak tiga ke atas saya? Saya runsing memikirkan perkara ini.


-------------------------------------------------------

Jika ketika suami puan melafazkan kata2 tersebut, ia berniat melakukan taklik menceraikan puan maka jatuhlah talak apabila ia bersetubuh dengan puan .

Adapun jika suami puan tidak berniat seperti itu maka tidaklah jatuh sebarang talak.

Sebaiknya puan bertanyakan suami puan tentang perkara ini untuk pengesahan kerana dibimbangi terjadi perkara2 dosa yang tidak disedari.

wallahua'lam