Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Muamalat - Bank Sekarang PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 3
TerukBagus 
Ditulis oleh Kuding   
Wednesday, 02 July 2008

Assalamualaikum wmt

 Saya ingin bertanya tentang penyakit was-was yang sering ada dalam diri. Dalam soal bersuci dan beribadat terutama dalam soal niat dalam solat...sebagai contoh "aku solat fardhu zohor kerana Allah Taala" perkataan tunai,rakaat tiada dalam niat dan hadir niat macam membaca dalam hati...

Adakah niat saya seperti itu dikira niat yang sepatutnya?

Berkaitan dengan sistem bank di negara kita Malaysia...sesetengah bank telah membuat sistem pinjaman islam. Persoalan saya...dari kecil lagi, orang tua sering bercakap "yang halal bila bercampur dengan yang haram/najis,maka haram jadinya"

Sistem bank kita bercampur tidak duit itu semua? Setahu saya sistem bank telah mengasingkan cara pengurusan wang tersebut untuk menggalakkan pengguna untuk melanggan bank tersebut.

Saya ingin membuat pinjaman dibank islam/muamalat tetapi masih tidak yakin dengan sistem bank tersebut. Riba tetap haram walau apa cara taklik/taktik/cara bank menerangkan kepada pengguna.

Adakah kita boleh lari dari Riba dengan sistem yang ada sekarang?

------------------------------------------------

w.salam

1. Pendapat yang muktamad mewajibkan 3 perkara hadir ketika niat solat yaitu qasad, ta'arrudh dan ta'yin yaitu kalau zuhur contoh niatnya ialah :

   "Sahaja aku solat fardu zuhur"

Ini sahaja yg wajib hadir didalam takbiratul ihram. Adapun meniatkan berapa rakaat, mengadap kiblat, tunai dan kerana Allah Ta'ala tidaklah wajib hanya sunat hukumnya.

2.  Yang menjadikan sesuatu pinjaman itu haram ialah cara melaksanankan muamalat bukannya diambil kira bank itu bani islam kah atau tidak. jika bank Islam melaksanakan sistem riba dalam muamalatnya maka hukumnya tetap haram. Manakala jika bank bukan Islam melaksanakan sistem Islam pula maka jadilah pinjaman itu harus pada syarak.

Oleh itu jika bank konvensional ada melakukan sistem Islam pada satu kaunter dan satu kaunter lagi tidak dengan cara Islam maka harus atas kita bermuamalat dengan kaunter Islam tersebut supaya pinjaman kita harus disisi syarak.

Adapun sumber wang dari bank yang sama tidak memberi kesan kepada muamalat yang harus itu melainkan memberi kesan kepada keberkatan wang yang dipinjam sahaja.

Kurang keberkatan yaitu berasal dari bank yang sama tidak sama dengan haram yaitu aqad pinjaman dengan perjanjian riba.

Kita sememangnya boleh lari dari amalan riba yang banyak berlaku sekarang dengan memilih sistem islamik yg ditawarkan oleh bank2 di negara kita.

Dalam persidangan ulamak2 dan pakar ekonomi Islam di Kuwait dalam tahun 1985 telah menyatakan  ketetapan bahawa umat Islam wajib memilih sistem Islamik yang telah wujud dikebanyakkan bank dan telah menetapkan sistem2 tersebut adalah tidak salah disisi syarak.

 

harap faham. 

 

wallahua'lam 

 
< Prev   Seterusnya >

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...