Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 76 tetamu dan 2 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Hasan Al-Banna PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 8
TerukBagus 
Ditulis oleh Lan Kajang   
Friday, 23 May 2008
Syahidnya Hassan Al Bana 

Syeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

    Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

    Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

    Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk

Syahidnya Hassan Al Bana 

SSyeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

    Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

    Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

    Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

    Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.

    Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.

    Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:
1.  Membentuk peribadi Muslim
2.  Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3.  Cara hidup kampung Islam
4.  Menuju kepada negeri Islam
5.  Menuju kepada pemerintahan Islam.

    Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

    Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.

    Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.

    Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.

    Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”
Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.

    Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

    Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar  negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Dikirim Oleh Lan kajang 

Komen (8)Add Comment
...
Dikomen oleh mfy87, June 10, 2008
Rajin2lah amalkan zikir mathurat yang telah disusun oleh beliau...bu=yk kelebihannya.... smilies/wink.gif
...
Dikomen oleh rozak, October 18, 2008
setahu aku,, hasan al banna di hukum gantung sampai mati,,
...
Dikomen oleh rabiah89, October 31, 2008
semoga roh beliau (hassan al-banna) dicucuri rahmat ALLAH.... smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif
kita sebagai umat akhir zaman haruslah menyambung perjuangan nabi, para sahabat baginda, tabi' dan tabi'in serta para pejuang islam yang menegakkan ajaran islam... TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!
salam
Dikomen oleh ku, September 07, 2009
yang mati kene gantung tu Tok Janggut.Hasan Al-bana mati kene tembak,tp bukan kene tembak sebenarnye pun tp sebab di beri rawatan lambat..Kene tembakn ngan polis rahsia raja farouk.kalu tak silap.
salam
Dikomen oleh Abdul Hadi Bin Abdul Rahman, January 20, 2010
antara tokoh Islam yang ku sanjungi,kisahnya banyak memberi kesan yang amat mendalam kepada diriku,ku harap ada pihak yang mengeluarkan buku2 tentang tokoh2 Islam seperti as Syahid imam hassan al banna,semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada rohnya.amin...ALLAHUAKBAR
rahmat
Dikomen oleh sayuti, February 01, 2010
tiada daya uapya dan kekuatan meliankan kurnia dan
rahmat dari Allah...
ya saudara ku sekalian...
ketahuilah...
khulafa ar-rasyidin r.a
mati di bunuh...
teruskan perjuanan klita untuk mensyariatkan Islam...
Allah bersama dengan kitaa.....
subhanallah.... smilies/kiss.gif smilies/kiss.gif smilies/kiss.gif
Hassan Al Banna
Dikomen oleh Nor Azmina binti Ansaruddin , February 07, 2010
Kepada penulis kisah Hassan Al Banna teruskan menulis kisah-kisah yang yang menarik lagi tentang sahabat-sahabat rasulullah.Semoga kisah Hassan Al Banna dapat dijadikan contoh perjuangan kepada umat islam... smilies/kiss.gif smilies/kiss.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/wink.gif smilies/smiley.gif
Alhamdulillah mati syahid
Dikomen oleh mansor mohamed, March 24, 2010
Walaupun beliau mati, bkn bermakna dia tewas
Beliau sbnrnye telah berjaya memperolehi ape yg dicr iaitu al jannah.
Tewas hanyalah Raja yg zalim seta kafir laknatullah
Walhal ISLAM lebih Bersinar sehingga ke hr ini.

Semoga menjadi pengajaran yg berguna pada dr Ana & pembaca yg lain..
Takbir !!!! (3X)

Sekian;

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev   Seterusnya >