| Rahsia Nama Nama |
|
|
|
| Ditulis oleh Fairuz Zaidan | |
| Friday, 16 May 2008 | |
|
Rahsia di sebalik pangkal nama... Oleh Fairuz Zaidan BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga. Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja. Rahsia di sebalik pangkal nama... Oleh Fairuz Zaidan BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga. Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja. Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang. Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu’, sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga. Walaupun berbau `agak perkauman’, masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan. Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak ‘menggugurkan’ atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa. Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik. “Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan. “Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,” katanya kepada i-Kon. Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu. Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya. “Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini. “Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,” katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik. Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran ‘pelik’ seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian. Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda? BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double! Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih’? “Tidak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah. “Dalam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah,” kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud. Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras. Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa’. Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat. Apa ada pada nama? MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga ‘tekanan’ khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata. i-Kon cuba ‘menyelami’ identiti mereka yang mempunyai pangkal nama istimewa yang tidak dimiliki sebarangan orang dan berkongsi pandangan mengenai identiti mereka, asal usul keturunan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan dalam keturunan mereka. Nik Norma PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya. Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. “Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik. “Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’,” katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik? “Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki. “Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan. Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. “Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang. Aida BERBEZA pula dengan Aida S Kadir, 36 yang tidak meletakkan nama Sharifah di pangkal nama, sedangkan bapanya adalah dari keturunan Syed. Nama sebenar bapanya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir. Kata Aida, susur jalur keturunan gelaran Syed dalam keluarganya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir bin Sheikh @ Syed Omar bin Tunku Syed Abdul Rahman al-Qadri (Pembesar Linggi Negeri Sembilan) - pembesar Melayu zaman British. Namun, bapanya juga tidak meletakkan nama Syed dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk kelebihan dan keistimewaan nama dimiliki keluarganya itu. Bagaimanapun, kata Aida, dua abangnya mengangkat sumpah untuk mendapatkan semula gelaran Syed dengan alasan untuk memelihara keturunan Syed pada generasi akan datang. “Dari cerita bapa, saya dari keturunan al-Qadri dari Riau Sumetera, suku sakat yang membuka Negeri Sembilan. “Walaupun saya tidak memegang gelaran Sharifah, dua anak kembar saya yang berusia dua tahun dinamakan Putri iaitu Putri Maryam Idez Azlisham dan Putri Khadijah Idez Azlisham,” kata anak keempat dari lima beradik ini. Info JPN JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang. Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari. Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak. NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANGNama gelaran yang dianugerahkan kerajaan Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar. Nama pangkat atau jawatan Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah. Gelaran keturunan Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja Nama profesional Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat Nama kepahlawanan Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria Nama lucah atau yang lucah bunyinya Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat Nama-nama buruk Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting NAMA YANG TIDAK SESUAINama binatang atau serangga Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun. Nama-nama lucu Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot Nama-nama kejadian alam Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok Nama-nama warna Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven Nama perhiasan atau pakaian Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOKNarul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan). NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYAAmmakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo. NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYAHokkian Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai) Kantonis Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai Mandarin Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo Komen (131)
![]() Dikomen oleh Elliany Malinee Bte Mohd Zanorin, May 29, 2008
Assalamualaikum...
bgus la laman ni... atleast sy bley tahu mkna nma kita Dikomen oleh lloni, June 12, 2008
Saya berpendapat Prof tersebut tak layak untuk memberi komen pasal status keturunan Rasulullah saw kerana saya dapati komen beliau tentang nasab keturunan terlalu cetek dan beliau sendiri saya dapati tidak ada 'ruh nasab' jadi beliau tidak alim untuk memperkatakanya... sila lawati web berikut
http://www.mykelate.net/v1/index.php?showtopic=4675 Dikomen oleh dani, June 23, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بارك الله فيك sememangnya bila menyebut tntg hal ahlul bait saya menjadi agak sensitif sedikit. kepada yang menghina mereka itu ketentuan ALLAH itu akan datang juga keatas mereka kelak-samada dunia atau akhirat. walaupun saya was2 dengan darah keturunan saya walaupun ibu dan bapa saya berasal dari keluarga titisan syariff dan syariffah ahlul bait. sepanjang pengetahuan saya tak pernah pula semuanya kira double dalam hal dosa pahala... tetapi jika dari segi guilt/rasa bersalah atau rasa bertanggungjawab tentang agama itu memang ada...ini kerana tekanan yang diterima samada dari dalam diri atau dari sekeliling gara2 pangkal nama. berkenaan hal nama, ada yang masih menetapkan untuk menggunakan gelaran itu...tetapi bagi keluarga kami kami sudah meninggalkannya. kami mahu bercampur dengan masyarakat lainnya tanpa ada sebarang tekanan. lagipun kasus dalaman negeri ini (cuba teka yg mana satu) pada satu masa dahulu yang berkaitan dengan ahlul bait cukup tragis sehinggakan melibatkan penghalalan darah sesama keluarga atau yang mengaku keluarga. siapa tahu dan pernah sangka...muka seakan apek jual kangkung ni merupakan ahlul bait mengikut salasilah dan tarsilah keluarga? kami sentiasa menyendiri walaupun dalam ramai kerana kami tahu kerana darah kami, kami sentiasa akan diburu samada oleh para saud atau pun para musyrik.... (kami ada disekeliling kamu) Dikomen oleh arinah, June 23, 2008 assalamualaikum semua. saya di sini nak bertanya sedikit. macam mana nak tahu maksud nama saya. nama saya ialah syafiqah arinah. dan laman web ini sangat bagus. sebenar nya sayanak buka nama nama raja atau sultan.saya dengan cari nama nama raja atau sultan tapi saya terbuka laman web ini pula.saya membaca komen di atas ada yang komen boleh melihat maksud nama disini. tapi saya tidak tahu bagaimana? boleh tolong kan saya? lepas tu sya nak laman web yang ada nama nama raja dan sultan Dikomen oleh Nik Engku Idham Petra, August 08, 2008
salam. bagus la laman ni. mcm ni, isu Pangkal nama Nik ni memang berasal dari jalur keturunan DiRaja. cuma atas kesesuaian ibu dan ayahnya sahaja. mcm saya, dalam sijil kelahiran, pangkal nama saya Tengku dan I/c plak Nik Engku. so, ramai sedara pun nama lain, gelaran lain jugak
Dikomen oleh nurtayang, September 12, 2008
nape ad org ckp,makna sharifah tu cik.. tol ke?
Dikomen oleh miera, September 25, 2008
ape makna nama aina adiera
Dikomen oleh keturunan nabi, November 10, 2008
dengan nama allah yang maha berkasih sayang ...jangan beza-bezakan nabi dan rasul, nanti dapat pahala, quraan cakap! bukan saya cakap tau! so jangan pertikaikan ayat quraan.sebenarnya tak kira sultan ,khalifah,tengku nik wan atau apa saja atau ah cong maniam ke tetap keturunan nabi cuma yang membezakan kita semua jalan kembali yang susah macam2 halangan ego dan penyampai tak sampai atau dah sampai tapi tak pernah baca a sampai z al quraan terjemahan to pasai kita disesatkan oleh musuh yang nyata. jadi apakata kita semua berkasih sayang sesama umat sekelian alam.salamun kaulam min robbi rahim.salam untuk semua para anbiya solihin nabi2,rasul,ulilamri malaikat2 dan semua yang bertasbih memuji allah.segala puji2 untuk allah tuhan sekelian alam.
Dikomen oleh tiada name, February 16, 2009 setuju sesangat dgn komen cik"semua manusia keturunan nabi" Dikomen oleh Junainah bt Ab Razak, February 17, 2009
salam....boleh saya tanya apakah maksud nama saya??....and boleh tak emelkan pada saya maknanya...terima kasih
Dikomen oleh Siti Khadijah binti Albasri, March 13, 2009
Assalamualaikum..nama ana Siti Khadijah, ana nk tanya ada tak maksud lain bg Siti Khadijah selain nama isteri nabi..sebab ana fikir orang yang bagi nama pada isteri nabi tu mesti ada sebab,mungkin maksud dia ke,coz sekarang yg ana tau maksud nama ana sempena nama isteri nabi nak tau juga pengetrian lain bagi maksud nama ini...wallaualam.
Dikomen oleh syarifah zafirah raheqa bt syed mohd sukri, May 15, 2009
slam.. bleh x sye nk thu ape mkne nme sye..? bt0l ke syarifah laen dripada yg laen??., sye hrp ada blsn dri cik\encik.. slam..
Dikomen oleh ahmad romi marzuki b. abdullah, May 30, 2009
could u plezz tell me the meaning of my name...
Dikomen oleh ahmad romi marzuki b. abdullah, May 30, 2009
makna nama saya apa???
Dikomen oleh balkish, June 01, 2009
salam..berdasarkan apa yang telah dibaca,saya mungkin lebih mengetahui maksud sebenar disebalik nama. terima kasih ustaz. disini,saya ingin berkongsi apa yang pernah saya baca daripada salah sebuah buku yang bertajuk susur galur keturunan melayu yang ditulis oleh penulis yang namanya saya agak kurang pasti,tetapi dia adalah profesor yang telah menjalankan kajian berkaitan nama-nama ini. menurut kata beliau, nama 'nik' adalah salah satu nama keturunan. tetapi masyarakat kita sering kali tersalah tanggapan bahawa nama nik ini dikatakan daripada keturunan raja.sebenarnya,nama nik ini diambil daripada keturunan dayang istana yang sangat disayangi oleh raja di negeri kelantan pada suatu masa dahulu..dayang nik ini juga adalah dayang yang paling lama berkhidmat di istana pada ketika itu.oleh sebab yang demikian, semua keturunan dayang nik ini dinamakan nik pada pangkalnya bagi memberi penghormatan kepadanya dan keturunannya. jadi kesimpulannya, nama nik ini adalah nama bersempena dayang istana pada suatu ketika dahulu. wallahu'alm
Dikomen oleh nadhirah, June 03, 2009 Dikomen oleh noraisyah, June 21, 2009
salam, blhkah saya tahu makna nama saya ini?saya keliru dgn makna nama saya itu,ada yang kata nama saya x makna pun.
Dikomen oleh anizah binti achi, July 13, 2009
salam,blhkah saya tau apa makna nama saya?
Dikomen oleh nurul hazirah binti othman, July 24, 2009
salam..emm...bleh x gtau per mkna di sblik nma sy n mohd rizuan??plezz...dh lme sgt sy teringin nk tau mkna nma2 nie..tq..
Dikomen oleh syamsul anwar , July 27, 2009
Assalamualaikum ustaz,
Disini saya ingin ustaz boleh tak semak satu blog asyraaf.net. Dalam laman web itu ada banyak menyebutkan hadis2 dan dalil. Adakah hadis2 tersebut hadis yang sahih. Dia juga menyatakan makruh yang amat sangat jika seseorang syarifah itu untuk berkahwin dengan bukan syed. Ada juga yang menyatakan hukum haram,.....Saya merasakan amat keliru dengan hukum tersebut...... Dikomen oleh ALI MAHDAN, August 01, 2009
Assallam mualikum,
Saya tak nak komen apa2 & sudah tentu laman ini adalah baik. Saya nak tanya sikit, ada tak ustad menyimpan kesemua nama2 nabi. [124,000] Itu saja saya nak tanya. Terima kasih Dikomen oleh M@LIK, August 05, 2009
Salam.....apakah maksud al malik?adakah salah meletakkan nama Allah pada manusia?
Dikomen oleh noris, August 10, 2009
salam..sy disini adalah untuk menanyakan apakah yang dimaksudkan dengan nama saya..
nama diberi oleh kedua ibubapa saya ialah NORISFATIMASTURA.. Dikomen oleh salleh, August 11, 2009
masa form dulu ada belajar kalau pangkal nama kita ada siti, muhammad atau abdullah...nanti di padang mashar kita akan dihisab dahulu sebelum org lain, eloklah letak nama anak2 dgn pangkal nama2 ni...wallahualam
Dikomen oleh Ellya binti Idris, August 18, 2009
bLE tOLONG MEANINGKAN MY NAME TAK?
Dikomen oleh nik mohd hafizi bin nik man, August 20, 2009
sy nk tau mksud nma sy & keturunan nik ni berasl dripada mna yang sbtul nye??terima kasih..
Dikomen oleh alifalfi, September 01, 2009
salam
Actually ada rahsia di sebalik nama saya iaitu anuar. Mula-mula nama yang dicadangkan oleh nenek Muar sebab lahir di Hospital Daerah Muar, tapi tak ada makna pun di sebalik nama tu. Last2 parents yang cadangkan nama Anuar. Alhamdulillah, ada makna tu. Anuar bermakna yang bercahaya. Nama Anuar berasal daripada Nur ( cahaya ) Dikomen oleh nur shakirah bt shaari, September 04, 2009
assalamualaikum.......
blh bgtaw mksd nma sy coz synb kliru......plezzz Dikomen oleh slina, September 15, 2009
Assalamualaikum...
Saya terkeliru ni, jadi minta penjelasan kpd siapa2 yg tahu.. saya mempunyai 2 orang anak. anak pertama dilahirkan di kelantan dan diberikan dgn gelaran 'Nik' kerana saya sendiri pangkal nama 'Raja. mengikut kebiasaannya, apabila saya berkahwin dgn org lelaki kebanyakan, nama anak hendaklah dietakkan dgn nama 'Nik'. Apabila anak kedua lahir di Terengganu, nama anak saya tidak boleh diletakan dgn pangkal 'Nik' sebalikknya gelaran 'Raja. Mengikut JPN, peraturan baru dan semasa. saya terkilan kerana terdapat perbezaan antara kakak dan adik. boleh sesiapa tlg jelaskan. trm kasih Dikomen oleh orangbiasa, September 21, 2009
Jangan berkata-kata dengan jahil! Jangan suka menuduh! Jangan terasa diri berilmu! Belajar rajin-rajin, cari ulama sebenar - Allah SWT mengenali kita - cuma kita sahaja yang tidak mengenaliNya. Jangan cuba dekat denganNya dengan menjauhkan diri dariNya. Jangan bersangka buruk terhadap Allah SWT kerana ktia masih kekurangan malah serba kekurangan.Jangan cuba untuk memohon anugerah kerana anugerah itu adalah pilihanNya.
Dikomen oleh orangbiasa, September 21, 2009
Manusia yang suka merungkai-rungkai kitab dan mengadakan barang yang tiada dalam agama adalah bidaah dholalah karohah. Minta maaf kalau sesiapa terasa. Jika saya salah, maka saya memohon Allah SWT memberikan hidayahNya kepada saya, begitulah sebalikNya. Minta membuat fatwa biarlah kena cara-caranya - kalau kita orang awam, jangan dicuba-cuba menjadi mufti - belajar 4 madzhab yang rojeh dan jangan lupa ijmak dan qias - lihat ijtihad sahih sebelum mengeluarkan fatwa.
Dikomen oleh orangbiasa, September 21, 2009
عن زياد بن علاقة عن عمه أن المغيرة بن شعبة سب علي بن أبي طالب فقام إليه زيد بن أرقم فقال يا مغيرة ألم تعلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن سب الأموات فلم تسب عليا وقد مات
Dikomen oleh Razif Azmal, October 02, 2009
Assalamualaikum ustaz,
Insyaallah saya akan dpt anak thn hadapan. boleh tak saya nk mtk ustaz bg pendapat mengenai makna nama2 cadangan/soalan sy ni: Nama cadangan a) lelaki - Muaz Hakeem b) lelaki - Haydar Hilmee c) perempuan - Nawraah d) perempuan - Hayfaa e) perempuan - Afrynaa soalan a) Bolehkah kalau saya tak letak nama Muhammad/Ahmad pada permulaan nama anak2 lelaki saya? Sekian ustaz. Salam lebaran, minal 'idul wal faizin... Dikomen oleh nurrulaini, October 09, 2009
salam...
ustaz kalau tak silap saya maksud nama saya cahaya mataku... tapi disebabkan nama saya telah disambungkan keseluruhan semasa pendaftaran kelahiran, saya jadi confius sikit... Dikomen oleh SITI HALWANI , October 10, 2009
saya keliru dengan maksud nama saya yang sebenar....?
Dikomen oleh SITI HALWANI , October 10, 2009
sya ada seorng adik yng bernama nabhan....apekah maksud nama itu??n sorng lg faizal dan uga zarreen
Dikomen oleh cik wan halimah wan salleh, October 13, 2009
keluarga sya semuanya bermula dengan wan dan che wan.adakah nama2 ini memberi makna yang buruk
Dikomen oleh cik wan halimah wan salleh, October 13, 2009
apakah makna nama saya di dalam islam.adakah ia akan memberi kesan dalam hidup saya?
Dikomen oleh SITI SARAH SUFIA, October 19, 2009 Dikomen oleh SITI SARAH SUFIA, October 19, 2009
NAMA SAYA IALAH NAMA YANG ADA MAKNA YG INDAH DI DALAM ISLAM.ADAKAH IA BETUL
Dikomen oleh wawa, October 27, 2009
assalamualaikum...
sila rujuk forum di asyraaf klau nak tau lbh lanjut bout syed/sharifah.. o plez rujuk dizcussion d baalawi.ning jgn cakap dgn pengetahuan yg cetek... Dikomen oleh nur fariha binti fadzil , November 01, 2009
kawan saya anis madihah sibuk nak thu rahsia nam adya
Dikomen oleh saiful che omar, November 09, 2009
nama saya tergantung.. sepatutnya.. saiful islam ke..saifuddin ke.saifullah ke.. xsedap tgk bila eja jawi...apa2 pon.. terima kasih mak ayah atas nama ini. yang pasti saiful ini berbeza daripada beribu lagi saiful di alam ini.. insyaAllah..
Dikomen oleh esma nur, November 17, 2009
nama saya sepatutnya dieja NORFATIHAH tetapi ayah saya menamakan saya NORFATEYHA....dan saya nakmengetahui apa maknanya..adakah maknanya sama seperti ejaan yang sebenar atau sebaliknya....tapi ape2 pun saya bersyukur kerana saya mempnyai ayah yang memberikan nama...
Dikomen oleh BEYATUL HIDAYAH BINTI MOHD NAFIAH, November 18, 2009
nak tahu maksud namaku jer....boleh tolong tak?!terima kasih yer......
Dikomen oleh mohammad firdaus bin baharom, November 28, 2009
sedia mndengar nasihat
Dikomen oleh nur najiehah, December 02, 2009
salam..ustaz boleh saya tahu makna nama saya..tq.
Dikomen oleh Normasirah Atiqah, December 03, 2009
assalamualaikum ustaz..
bleh x explain apa mksud nma sye? Dikomen oleh nik muhd keirull, December 06, 2009
ada orang kate gelaran jawad dlm bahasa arab mempunyai maksud yg tidak baek..jadi ape maksudnye
Dikomen oleh ruzita yusof, December 14, 2009
salam ustaz saya nak tanya maksud nama saya RUZITA YUSUF kerana saya sudah mencari di buku2 tapi nama saya tidak tersenarai
harap ustaz dapat mmbantu terima kasih Dikomen oleh nur aisyah dan nurul syahirah, December 14, 2009
salam...apakah maksud nama kami???????????????
harap ustaz dapat membantu kami dan menjawap persoalan kami...... terima kasih Dikomen oleh nurul hidayah dan nurul syafiqah amirah, December 14, 2009
salam ustaz....kami ingin mengetahui maksud nama kami....
harap ustaz balas pertanyaan kami..... sekian... Dikomen oleh nurfaizah binti abdullah hani, December 15, 2009
salam...ustz sy bakal menjadi ibu..oleh itu saya nk tahu maksud bg gabungan nama ini :
1) NUR ADRINA ALIYA 2) NUR AIRINA AIRA 3) MUHAMMAD ADREEN SHAH 4) MUHAMMAD HAZRIQ Boleh tak ustaz bagi cadangan gabungan nama-nama yang baik untuk saya? sekian,terima kasih Dikomen oleh nooraini binti mohammad daud, December 16, 2009
benarkah nama fatin tu tak elok?
Dikomen oleh nooraini, December 16, 2009
nama anak yang sesuai kalau ingin anak jadi orang yang berguna dan cerdik?kalau ingin mencari calon suami,perlukah kita tengok pada namanya?
Dikomen oleh norhafifah binti abdullah, December 28, 2009 boleh xtolong cari maksud suhaimi,maznah,mohdaminuramin,noraqilah,norhafifah please dh lame mncri tpy x dpt pun harap tlg cari ea.... Dikomen oleh Ahmad Hishamuddin Bin Kamarozaman, December 31, 2009
Boleh ustaz trangkan maksud nma sya.........??????
Dikomen oleh sueli han ariefbinti jamil, January 07, 2010
assalamuAlaikum...........bolah tak carikan maksud nama ben johan arief,nur hazirah, muhamad solahuddin,syifa shahira
Dikomen oleh norelluny bt mohd pandi, January 07, 2010
assalamualaikum ustaz...
dsini sy ingin mengetahui mksd nama saya...norelluny..sy tidak pernah tahu ttg mksd name sndiri Dikomen oleh syakira, January 09, 2010
assalamualaikum ustaz..
sya ingin mngetahui mk2sud2 nama saya iaitu Syakira.. Dikomen oleh masdylla, January 11, 2010
Assalamualaikum Ustaz,
Boleh saya tahu makna nama Damiel terima kasih. Dikomen oleh Ainan, January 14, 2010
Assalamualaikum Ustaz,
blh x tlg cri mksud nama Ainan Faza?? Dikomen oleh lyn, January 16, 2010
Assalamualaikum Ustaz
saya nak tahu maksud nama norhazlina ..terima kasih Dikomen oleh rose farouk, January 22, 2010
assalamualaikum ustaz..
saya nak tahu maksud nama ashabul yazid terima kasih Dikomen oleh shavinia bt shafiq tan, January 29, 2010
Assalamualaikum.... ada sesiapa yang tahu maksud nama saya, SHAVINIA ?? saya ingin tahu maksudnya...terima kasih . sudah lama saya mencari maksud nama saya tapi tak dapat juga. cikgu di sekolah dahulu dan rakan-rakan selalu menanyakan apakah maksud nama saya..tapi saya tidak tahu. saya sejak kecil dilahirkan sebagai seorang muslim dan kadang kala ingin tahu apakah maksud nama saya sebenarnya..
Dikomen oleh Qalesya, February 03, 2010
ustaz,ada tak makna utk nama2 di bawah...
DAMIEL DARYSH Dikomen oleh noraimi binti hamid, February 08, 2010
assalamualaikim... saya noraimi binti hamid, saya ingin tahu tentang makna nama saya... boleh tak puan/tuan terangkan...jutaan terima kasih saya ucapkan... salam
Dikomen oleh hannani, February 12, 2010
assalamualaikum ustaz,
saya ingin mengetahui maksud nama Muhammad Ammar Hadif..saya plan nak berikan pada bakal anak saya. Tq. Dikomen oleh rozila arnid, February 13, 2010
salam..saya ingin mengetahui maksud nama saya..tlg!!
terima kasih..salam Dikomen oleh Nurul Elliani, February 16, 2010
Assalamu'alaikum ustaz......boleh x ustaz tlg jelaskn maksud nama saya iaitu NURUL ELLIANI
Sbb sudah puas sy mencari maksudnya tp xjumpe.......... diharap ustaz sudi untuk menbantu sy........ Dikomen oleh nik farina natasha, February 19, 2010
assalamualaikum ustaz, saya nak tanya nama saya ada maksud ke coz saya cari x pernah jumpa atau lebih elok saya tukar nama?????
Dikomen oleh fairuz fadzilah, February 19, 2010
Assalamualaikum ustaz,boleh saya tahu apa maksud nama saya..saya tak berapa pasti tentang maksud nama saya..
Dikomen oleh mira izzra, February 19, 2010
maksud nama sye ustaz?
Dikomen oleh syed jamillul amin bin syed talib al-musayyah, February 23, 2010
assalamualaikum ustaz, saya nak tanya nama saya ada maksud ke coz saya cari x pernah jumpa
Dikomen oleh TUN NURAASYIDA QURRATU AINI , February 23, 2010
Assalamualaikum ustaz. Ustaz inigin saya bertanya apakah maksud nama saya ini??
Dikomen oleh TUN NURRASYIDA QURRATU AINI BT TUN YAACOB AMEER, February 23, 2010
maaf ustaz..saya tersalah taip nama td..nama ini yang betul..
Dikomen oleh ahmad yusof md zin, February 25, 2010
assalam...saya nak tau apakah maksud muhammad thaqif wafiq.saya bercadang nak letak nama ini pada anak pertama saya.tolong jelaskan
Dikomen oleh mazziatul najehah bt junaidi, February 26, 2010
assalammualaikum...ustz sy nak tanya apa maksud nma sy...MAZZIATUL NAJEHAH...sudah puas sy cari maksd..ble ustz tolong jelaskn apa maksudnya....
Dikomen oleh Aryanna, March 06, 2010
ustaz, saya nak bertanya, apakah maksud nama saya, Aryanna..
Terima kasih Dikomen oleh sit aisyah humaira, March 07, 2010
ustaz,saya ingin bertanya sesuatu.
saya ada kawan perempuan.nama dia seperti lelaki iaitu Nur Sharun. dia teringin tahu apakah maksud namanya itu sebenarnya. tapi...dengar kata,namanya tidak membawa maksug yang baik Dikomen oleh hezin shahnaz, March 07, 2010
tolong cari makna nama saya
Dikomen oleh nik ahmed kamel, March 08, 2010
cni mmg ada servis mnterjemahkan maksud nama ke? ak tgok xde pn dari atas sampai ke bawah..
Dikomen oleh NOOR SYAHIDA BT. ABD RAZAK, March 14, 2010
assalamualaikum ustaz, blh tak ustaz memberitahu saya maksud nama NOOR SYAHIDA???????????
Dikomen oleh meera, March 16, 2010
sy mintak izin nak copy buat pembaca blog saya ye...harap dapat keizinan..terima kasih atas maklumat berguna ini
Dikomen oleh syarabiah, March 21, 2010
Assalamualaikum
sy ingin mengetahui maksud nama bg mohd rasul syarani dan rabiah terima kasih Dikomen oleh khalsom, March 21, 2010
Assalamualaikum
sy ingin mengetahui maksud nama bg suhaimi dan umi khalsom Dikomen oleh watriya, March 26, 2010
Assalammualaikum......
Ustaz saya ingin bertanya apa ertinya dayang watriya binti ismail.......saya ingin mengetahui makna disebalik nama saya iaitu watriya....boleh ustaz toling jelaskan........terima kasih......Assalammualaikum Dikomen oleh mazziatul najehah bt junaidi, March 26, 2010
assalammulaikum....sy ingin megetahui nama saya iaitu MAZZIATUL NAJEHAH..
Dikomen oleh yaumi saadah, March 29, 2010
nama sy yaumi saadah...ape maksud disebalik nama tu ye...
kalau boleh emel kat sy maksud die...boleh?? Dikomen oleh Emilia, March 30, 2010
Salam Ustaz,boleh ka saya ingin untuk megetahui apa itu maksudnya di sebalik nama saya..tolong saya bah, suda banyak saya mencari di buku,,tapi ndak juga nemui maksud nama itu.
Dikomen oleh SUHANA ZAINAL ABIDIN, April 01, 2010
assalamuaalaikum ustaz.. saya selalu mencari cari maksud nama saya...hingga ke hari ini.. tak pernah jemu. Namun masih megecewakan...
harap ustaz sudi membantu. - suhana Dikomen oleh mazziatul najehah bt junaidi, April 01, 2010
salam...ustz saya nk tahu makna nama saya iaitu mazziatul najehah...
ustz betul ke NAJEHAH makna dia cerdik??? Dikomen oleh ingin ngerti, April 07, 2010
boleh ke kalau saya menamakan anak dengan pangkal said kelak, sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan kerabat ini..in kerana,,saya pkir ade logik jugak apa yg hamba allah diatas nyatakan iaitu nama said pada pangkal mnyebabkan empunya badan lebih rasa bertanggungjawab pada agama islam..apabila nama disebut..semestinya empunya badan sedar akan nama islamnya...said ini lebih dekat dgn nama islam dan yg penting..nama pangkal said maka said lah yg akan digelar oleh kenalan..berbanding nama lain yg akan disingkatkan..
sekurangnya tidak seperti artis yg gilakan nama anak seakan mat salleh Dikomen oleh Noormeissa , April 15, 2010
Assalammualaikum... saudara.., pertama sekali tolong carikan pengertian nama saya..... tambahkan lagi bab lain.. yg ianya untuk kebaikan islam semua... assalam
Dikomen oleh Nuraidah, April 25, 2010
A'skum.. saya bakal menimang cahaya mata. nak tau maksud nama DARWISH HAIQAL.
Dikomen oleh abg mohd shafiq, April 26, 2010
ustaz boleh beri mksud nama ini tak??mimi adika,izajubaidi,ramli,abg mohd shafiq.....??
Dikomen oleh mashayu binti mohamed, May 02, 2010
boleh tak nak tahu rahsia nama saya........ mashayu binti mohamed
Dikomen oleh zaimeer bin azmi, May 03, 2010
assalammuaikum ustaz,saya nak tanya maksud nama saya ni....zaimeer,zamirul,zainab,azmi,nurhifatin....nurul amelia,nur najwa,mohd haikal.
Dikomen oleh hayati3, May 08, 2010
assalamualaikum,apakh pngertian nama rayyan?,dan nama rayyan lelaki atau perempuan?,sekian terima kasih.
Dikomen oleh sharifah nor ain syed ahmad, May 11, 2010
Salam Ustaz, Insyaallah saya bakal melahirkan seorang anak perempuan. Oleh itu saya ingin mendapatkan maksud gabungan nama tersebut iaitu Nor Elina Allyssa. Boleh bantu saya? Sekian, terima kasih.
Dikomen oleh ikmil, May 15, 2010
ustaz saya nak tahu nama-nama rasul semua
Dikomen oleh noor ashila bt ahamad shafian, May 20, 2010
assalamualaikum..
bleh bantu saya dengan memberi makna nama saya iaitu noor ashila dan,ada x sebarang kesan sekiranya nma yang dberi tidak mempunyai makna.. Dikomen oleh nabilah khairani, June 01, 2010
ustaz saya nak tahu apakah makna nama nabilah khairani?
Dikomen oleh scya, June 07, 2010
nama saya noorhashafatima boleh bagi tahu apa maksud disebalik nama saya????
Dikomen oleh najiyra, June 14, 2010
assalamualaikum........ustAz...sy nk tau mksud nme najiyra ap?
Dikomen oleh nuramalina, June 14, 2010
nuramalina binti md nor
mohd azli bin mustaffa nur isma azlina normah binti k mammo Dikomen oleh Ni3z4M, June 20, 2010
Salam ustaz..saya ingin mengetahui maksud nama Mohd Nasnornizam dan juga Siti Syahira..jika boleh emelkan ke emel sy..Terima Kasih
Dikomen oleh ernie marsida bt saidun , June 27, 2010
nak tau ap mksud nama ni
erni marsida mohd kamil marziah hidayat Dikomen oleh MUHAMMAD ARIEQ QARLIFF, July 07, 2010
ustaz, adakah elok gabungan nama diatas?.....saya juga ingin mengetahui maknanya....tq
Dikomen oleh afzan noraini bt isa, July 07, 2010
boleh saya tahu apa maksud yang tersirat dan tersurat dari nama saya.
Dikomen oleh M.A Suhaimi, July 10, 2010
kepada enpnya nama afzan noraini bt isa...di sebalik nama yag saudari milliki itu..apa yang dapat dihuraikan ialah
saudari ini perempuan dan anak kepada isa..sekia.. Dikomen oleh Hidayatulaiza binti mokhtar, July 13, 2010
assalamualaikum...saya ingin tahu makna sebenar nama Aiza dan apakah makna nama penuh saya ini?
Dikomen oleh ZAIMAH BT AB RAHMAN , July 17, 2010
Assalam
nak tahu maksud nama saya??????zaimah apa maksudnya?? Dikomen oleh klantan man, July 28, 2010
Assalamualaikum Ustaz, saya bakal menerima cahaya mata sulung Insya Allah pada bulan Ramadan nanti. Saya ingin meminta pendapat ustaz mengenai nama yang saya telah pilih untuk anak saya nanti iaitu Izz Mikhail Ar-Rayyan.
Dikomen oleh izah perlis, July 29, 2010
assalamualaikum..
saya nk tny nma bgi nur farisha miazara dan nur airina miazara.. terima kasih.. Dikomen oleh secret, August 08, 2010
SALAM..sy nk tanya,apakah maksud nama AZREEN??Apakah keistimewaan nama tersebut?Adakah nama tersebut hanya utk kaum ADAM shja?
Dikomen oleh Nurul Azwien, August 12, 2010
salam ustaz,moge ustaz dapat menolong saye mencari maksod name saye,kerane ade yang telah bersuare mengatakan name saye tiada maksod dalam islam.saye seorang mualaf dan sudah dekat setahun saye memluk islam...ape yg memusykilkan saye adlah maksod name atas pilihan sendiri ini tiada maksod dalm islam..jika betol perlukah saye menukar name??
Dikomen oleh eliana saleh, August 23, 2010 assalamualaikum......moge Allah sentiase memberkati ustaz....izinkan hamba yang lemah ini bertanya.....apakah maksud nama nur eliana...... Tulis komen.
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...





kami sentiasa menyendiri walaupun dalam ramai kerana kami tahu kerana darah kami, kami sentiasa akan diburu samada oleh para saud atau pun para musyrik....

banyak juga pengetahuan yang boleh dikongsikan disini..asal-usul keturunan....
lain pula bagi keluarga saya...arwah emak dan abah meletakkan nama kami adik beradik dengan pangkal huruf yang sama....
sazali, salina, saliza, sarimah, salimi, sazira dan safila...
walaupon tak mempunyai makna dalam bahasa arab.....
pernah dulu time sekolah...ustaz bertanya smua pelajar makna nama mereka...tiba giliran saya...saya hanya menggeleng...ustaz juga pening nak memikirkan maksud nama saya.....
bila ditanya kepada abah...dia hanya berkata..."itulah kelebihan anak2 abah yang takder pada org lain"....
bahkan kakak dan abg saya yang telah mempunyai anak juga meneruskan tradisi ini yang mana menamakan anak2 mereka dengan nama yang menggunakan pangkal yang sama.....
tapi ustaz pernah bercakap yang nama amat penting kerana setiap kali memanggil kita akan mendoakan utk org itu...kalau nama yang baik doa yang baik...tapi kalau nama yang kurang baik...sebaliknya pula...
tapi yang penting...didikan ibu bapa....
wallahualam....