Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Sedekah Pahala-Suatu Penjelasan PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 1
TerukBagus 
Ditulis oleh Ustaz Ibn Masran   
Tuesday, 27 May 2008
Masalah Sedekah Pahala / Amalan kepada Simati 
Oleh Al-Fadhil Ustaz Ibn Masran Al-Banjari
 
1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.

2- Doa & istighfar.

3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-
Masalah Sedekah Pahala / Amalan kepada Simati 
Oleh Al-Fadhil Ustaz Ibn Masran Al-Banjari

 

1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.

2- Doa & istighfar.

3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-

a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjawab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani (w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha (w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh (w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir (w
774H).

2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.



b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1) ((
وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2) ((
ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له


Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.

Imam ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "


Ertinya : "Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : "sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh sampai kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Telah nyata juga di dalam Fatawa al-Kubra, kata Ibn Taimiyah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka meng‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.



Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie)!, kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak (kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah sayyi'ah yang terhasil dari perkara-perkara luar).

Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.! Jangan kita mudah mencemuh dan mempertikaikan hasil ijtihad mereka sewenang-wenangnya.. Berhati-hati..

Saya tertarik dengan apa yang dipetik oleh al-Imam Ibn al-Salah (w 643H) dalam kitabnya `Ulum al-Hadith: “Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka” ( 'Ulum al-Hadith, m.s. 390, cet. Dar al-Fikr, Beirut)

Muhammad bin Sirin (w 110H), seorang tabi’ besar pernah menyatakan, maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)

Semoga terungkai "kekeliruan" yang ada...

Wallahu'alam.

 

Komen (5)Add Comment
...
Dikomen oleh avanczar, September 23, 2008
cukup puas hati
...
Dikomen oleh Payau, December 20, 2008
Salaam,

Fieman Allah;

AQ 2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.

AQ 14:51. Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

AQ 6:164. Katakanlah, "Adakah aku menginginkan satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa mengusahakan hanya terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan.

Malah sangat jelas Allah menyatakan;

AQ 53: 39. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,

Tiada satu dalil pun dalam Al Quran menyebut bahwa kiriman pahala kepada si mati. Doa yang Allah ajarpun hanya ditujukan diwaktu hari penghisapan iaitu agar diampunkan dosa ibubapa dan orang mukmin.

AQ 14:41 "Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan."

Utamakanlah Al Quran dari segala-galanya....
sedekah pahala.
Dikomen oleh Azmi muhamad dalin, March 14, 2009
Si A, kaya raya, dia mendapat harta daripada jalan yang salah. selepas dia meninggal anaknya menggunakan hartanya untuk megupah
beribu orang untuk melakukan ibadat seperti baca Quran , zikir dan sebagainya dan pahalanya disedekahkan kepada si A. maka banyaklah
pahala yang diterima oleh si a kerana pahala disedekahkan kepadanya. Si B miskin dan orang yang sentiasa beribadat kepadaNya. dia
seorang yang bertakwa. Kedua-duanya dimasukkan ke syurga si A kerana pahalanya banyak kerana dia mendapat sedekah pahala dan si B kerana usahanya sendiri. Jadi di mana keadilan di sini. Sebab itu Allah berikan kita panduan melalui A- Quran untuk jadikan panduan dan Nabi kita melalui hadis. Adakah perkara yang sangat jelas dalam Al-quran dan A- Hadis perlu kita kutip pendapat lain yang bertentangan dengan Al-Quran.
...
Dikomen oleh Azmi muhamad dalin, March 14, 2009
Saya tidak faham perlukah lagi ijtihad jikalau perkara itu telah diterangkan dengan jelas dalam Al Quran.
...
Dikomen oleh bujang, June 03, 2010
salam...
kite sibuk pikir orang lain suruh orang masuk sorga...!!!
kite sindiri agak macam mane!
pahala kite yg banyak ke dosa kite yg banyak...
cintai diri sindiri dulu,baru orang lain...

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

busy
 
< Prev   Seterusnya >

Latest Update

Tabligh, Salah Ke?

Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceram...
Read More ...

Nak Belajar Kat Mane?

Assalamualaikum ustaz,saya peminat no 1 ustaz.. saya ada 1 soalan,saya ada adik perempuan,dia tengah belajar sekolah harian biasa,saya takut letak dia kt situ sebab pelajaran agama kurang,satu lg se...
Read More ...

Beli Al-Quran

Assalamu'alaikum, 1) macamana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas. 2) semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan...
Read More ...

Isu Palestin

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya pendapat ustz ttg isu serangan Israel ke atas Palestin. Apakah pertolongan yang dapat kita lakukan di samping doa ke atas warga Palestin? Apakah jika kita me...
Read More ...

Mushkil..Bayar Lebih

assalamualaikum ustaz.. kawan saya pinjam duit saya untuk buat modal berniaga.dia berjanji akan membayar lebih 10% drp duit yg dipinjam.bolehkah saya ambil duit 10% itu?adakah riba boleh ...
Read More ...