| Solat Sunat Gerhana |
|
|
|
| Ditulis oleh nayoe | |
| Sunday, 25 January 2009 | |
|
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf. Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari. Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu. Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik. Cara Solat Sunat Gerhana Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri) Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut : Rakaat pertama 1. Niat solat Gerhana, Takbir 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah 3. Rukuk 4. I'tidal 5. Baca Al-Fatihah dan surah 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa. Rakaat kedua 1. Niat solat Gerhana, Takbir. 2. Baca Al-Fatihah dan surah. 3. Rukuk. 4. I'tidal, 5. Baca Al-Fatihah dan surah. 6. Rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud 9. Tahiyyat Akhir Komen (14)
![]() Dikomen oleh muhamad adha, January 27, 2009
assalmualaikum ustaz.
ana adha, ucap[kan ribuan terima kasih atas penerangan dan pemberitahuan solat kusuf yang telah ustaz berikan. ana juga ingin meminta izin ustaz untuk ana mengambil artikal2 ustaz disini untuk dimuatkan kedalam blog ana untuk dijadikan bahan bacaan bersama,jika tidak menjadi keberatan bagi pihak ustaz, ana minta membalas nya untuk ana tau keputusan dari ustaz. ribuan terima kasihana ucapkan atas segalanya. Dikomen oleh ridhan, March 20, 2009
assalamualaikum al fadhil ustaz..
sy minta izin ambil artikel ni untuk dimuatkan dalam blog saya dan untuk bacaan org ramai..tq Dikomen oleh Amzari Bin Md Yusop, December 31, 2009
Salam,
ada pendapat mengatakan tidak menjadi sunat muakkad untuk gerhana separuh. Boleh tolong jelaskan.. Dikomen oleh mieyra, January 01, 2010
saya rasa cam pelik.. dan banyak komen yang ada dlm laman web tu menganggu pemikiran saya.
Dikomen oleh Mohd Azhan, January 12, 2010
Saya tengok dlm laman web jakim gerhana tu pada 15hb januari ni bukan 26hb januari
Dikomen oleh raizul, January 15, 2010
Kenapa pada rakaat kedua juge ade Niat solat Gerhana, Takbir spt pd rakaat pertama? confuse..
Dikomen oleh Tok Zam, January 15, 2010
Salam, saya pun konpius gak kat rakaat kedua tu, kena niat dan takbir lagi ya?
Dikomen oleh Saffinee , January 18, 2010
Y.Bhg Ust.. saya merujuk balik beberapa kitab dan mendapati tiada niat semula pada rakaat kedua. Mungkin ada kesilapan dalam penyediaan blok ini. Untuk elak kekeliruan, mohon untuk dibuat pembetulan. Rujuk http://almalakawi.wordpress.com/2009/12/30/sembahyang-sunat-gerhana/
Dikomen oleh GretaPollard22, June 06, 2010
It is great that people are able to take the loans and that opens up new chances.
Dikomen oleh MERCER31Dorothea, August 16, 2010
If you want to buy a car, you would have to get the mortgage loans. Moreover, my sister all the time takes a secured loan, which occurs to be the most rapid.
Tulis komen.
|
| Seterusnya > |
|---|







