| bab nikoh kawin - cerai |
|
|
|
| Ditulis oleh Ahmad Ibni | |
| Tuesday, 24 June 2008 | |
|
SAYA suri rumah sepenuh masa. Baru-baru ini suami berkahwin lain tanpa pengetahuan saya dan ia menyebabkan pergaduhan besar. Saya meminta suami membuat pilihan antara satu dan apabila keadaan kembali tenang, dia berkata: “Demi sayangkan awak, jika saya bersama (melakukan hubungan kelamin) dengannya, maka jatuh talak terhadap awak.” Saya faham dan bersetuju dengan janjinya. ------------------------------------------------------- Jika ketika suami puan melafazkan kata2 tersebut, ia berniat melakukan taklik menceraikan puan maka jatuhlah talak apabila ia bersetubuh dengan puan . Adapun jika suami puan tidak berniat seperti itu maka tidaklah jatuh sebarang talak. Sebaiknya puan bertanyakan suami puan tentang perkara ini untuk pengesahan kerana dibimbangi terjadi perkara2 dosa yang tidak disedari. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|




