| hukum suami keluar malam |
|
|
|
| Ditulis oleh erah | |
| Tuesday, 01 September 2009 | |
|
Assalamualaikum,ustaz... saya ada nak tnya 1 soalan, kawan saya dia baru je khawin, suami dia pula suke kuar lewat2 malam dengan kawan2 dia.suami dia keluar dalam kul 2 pg kdg2 tu dan balik pukul 5pg..kawan saya melarangla, dan suami dia kata dia suami dan kawan saya patut ikt cara dia, dan penah gak dia bergaduh smpai suami dia kata "semoga malaikat melaknak engkau"..kwn saya nak tahu, adakah dia d kira derhaka kerana melarang suami keluar malam2 dgn kawan g minum air, dan adakah dia akan d laknak suatu hari nanti?..
Jawapan : Memang suami berhak utk keluar rumah bila saja yg dia mahu dan tidak wajib atas suami menurut kemahuan isterinya utk tinggal didalam rumah. Tetapi dalam rumah tangga Islam, isteri adalah penasihat, apabila isteri melihat suatu yg tidak baik makaeloklah istei menasihatinya atau menegur dengan cara yg baik. Sebagai suami, jangalah bersandar dengan kuasa mutlak sebagai suami sahaja tetapi hendaklah ingat agam menghendaki seorang suami itu menjadi suami yg baik. Kata Rasululahh saw bahawa suami yg terbaik ialah suami yg terbaik dengan anak isterinya. Maka suami terbaik itu seharusnya pandai menjaga hati isteri dan bukan mementingkan hatinya sahaj bahkan hati isteri pun hendaklah dijaga sama. Jadi dalam kes ini, boleh suami keluar minum di waktu malam cuma kurangkanlah sedikit agar isteri rasa mendapat perhatian dan rasa disayangi olih suami.
wallahua'lam
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






