| Isteri Berdosa |
|
|
|
| Ditulis oleh aratun | |
| Thursday, 19 June 2008 | |
|
assalamualaikum ust.......suatu masa dulu sy seorg istri yg taat.......sgt patuh kepada suami....dan kami sgt bahagia..... hidup sy selepas berkahwin hanya untuk suami...hingga kawan2 sy pun sy jarakkan hubungan... tetapi kebelakangan ini suami sy telah bercinta dgn istri org. dia mengakuinya...dan menyalahkan takdir...dgn mengatakan...semua itu ketentuan Allah taala..... tetapi mereka tidak berusaha pun untuk mengelakkan cinta itu...malah masing2 sibuk melayan sehingga kedua2 keluarga berantakan....sy rasa sgt kecewa ustaz.......rasa2nya segala pengorbanan dan taat setia saya selama ini tak berbaloi...... maka sy pun telah mengambil tindakan yg tak sepatutnya saya ambil......berhubungan dgn suami org..... mulanya sy mencari tempat mengadu shj...kerana suami sy tidak lagi menjadi sahabat baik sy.....maka saya beralih kepada org lain....tidaklah sampai bercinta kami ni ustaz...tapi saya sedar berhubungan dgn lelaki lain itu juga satu kemungkaran.... saya sedar saya telah menjadi istri yg derhaka kepada suami saya..... tapi..apa kah yg perlu saya buat ustaz....
-------------------------------------------------
w.salam Sepatutnya apabila puan mengetahui hubungan salah yang dilakukan oleh suami puan, puan hendaklah menasihatinya agar suami puan menghentikan perbuatan maksiat tersebut. Alasan suami puan yang mengatakan itu semua adalah takdir tidak betul kerana Allah swt mengurniakan kita semua aqal untuk berfikir sebelum melakuakn sesuatu perkara dan ikhtiar supaya dapat memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Tugas seorang isteri adalah menasihati suaminya apabila perlu, jika nasihati kita tidak didengar, usahakan orang2 yang ia segani pula supaya menasihatinya seperti saudara maranya atau kawan2nya. Apabila puan buat hubungan pula dengan orang lain maka masalah akan bertambah parah. Puan wajib memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut serta merta dan bertaubat kepada Allah swt sebelum terlambat. InsyaAllah kalau puan benar2 mahu menyelesaikan masalah ini, takutlah kepada Allah dalam segenap perkara. Allah sedia mengampunkan dosa puan seterusnya pasti akan ditunjukkan jalan kepada puan dalam masalah suami puan ini. Jadi mulakan dengan diri puan dahulu agar Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi ujian Tuhan seperti ini. Jangan putus asa, berdoa selalu kepada Tuhan. wallahua'lam
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




