| Jodoh-tak kahwin |
|
|
|
| Ditulis oleh hyhat | |
| Friday, 20 June 2008 | |
|
assalamualaikum ustaz... saya ada beberapa soalan. 1) bukan kah selepas solat asar dan subuh kita haram mengerjakan solat2 lain. 2) kenapa sesetengah orang tak kahwin sampai tua. adakah Allah tetapkan dia takde jodoh atau dia yang menolak jodoh. 3) kenapakah ada sesetengah orang jodohnya terlalu berat. itu unjian untuknya atau dosa2 yang dia pernah buat sehingga Alalh memberatkan jodohnya. sekian, terima kasih. ------------------------------------------------------------- w.salam 1. Memang benar dilarang mengerjakan solat selepas solat asar dan selepas solat subuh tetapi solat yang dilarang itu ialah solat sunat mutlak dan solat yang seumpamanya. Adapun solat qadha samada qadha wajib atau qadha yang sunat maka tidaklah termasuk solat yang dilarang dikerjakan pada dua waktu tersebut. 2. Hendaklah kita fahami bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah swt termasuk perkara jodoh. Jadi siapa yang tidak berkahwin sememangnya telah ditentukan oleh Allah swt sejak azali lagi. Cuma adakah ia tidak berusaha untuk berkahwin atau telah berusaha. Orang yang berusaha untuk kahwin lalu bertemu pasangannya maka ini semua telah ditentukan oleh Allah swt yakni Allah swt telah menentukan bahawa orang tersebut akan berkahwin dan jodohnya adalah isterinya itu. Manakala yang telah berusaha tetapi tidak berkahwin maka orang ini telah ditetapkan oleh Allah untuk tidak berkahwin sepanjang hayatnya dan tidak ada jodohnya. Manakala yang tidak mahu berkahwin pula telah ditetapkan dari azali lagi dia tidak akan berkahwin dan Allah swt tidak menetapkan sesiapa pun yg menjadi jodohnya. Pendeknya kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Bukan usaha yang menentukan kejayaan tetapi Allah swt yang menentukan kejayaan dan keberhasulan usaha kita itu. Walaupun kahwin itu disuruh oleh syarak tetapi bukanlah perintah yang wajib. Sesiapa yang tidak berkahwin tidaklahia berdosa cuma ia luput kelebihan mempunya keturunan. 3. Jodoh yang berat ada beberapa hikmah diantaranya sebagai ujian Allah swt sebagai mana Allah swt uji beberapa orang Nabi dan Rasul dengan isteri yang tidak taat dan seumpamanya. Dan mungkin juga sebagai kafarah dosa2 kita dimasa lalu. Oleh itu banyaklah bersabar dalam menghadapi kesusahan yang ditimbulkan oleh karenah isteri. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




