| kahwin di perantauan |
|
|
|
| Ditulis oleh khadeeja | |
| Tuesday, 01 July 2008 | |
|
Assalamualaikum Ustaz, sy adalah pelajar yang belajar di luar negara. seperti yang kita semua sedia maklum, hidup yang berjauhan dengan keluarga dan masyarakat beragama Islam menyebabkan kehidupan pelajar kadang kadang melampaui batasan agama. Jadi untuk mengelakkan maksiat, ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa, kerana tidak mahu mengecewakan ibubapa yang berharap agar anak anaknya menumpukan perhatian pada pelajaran. Adakah ia dibenarkan dari sisi agama Islam?Diharap ustaz dapat membantu kami yang diperantauan ini. -------------------------------------------- w.salam Pelajar2 yang hendak berkahwin di perantauan terlebih dulu hendaklah memberitahu ibu bapa dan kaum keluarga supaya mendapat restu dari mereka. Memang benar jika anak lelaki tidak memerlukan wali sebagaimana anak perempuan. bila2 masa sahaja boleh bernikah sekalipun tidak mendapat restu dari orang tua. Walau bagaimana pun Islam adalah agama perpaduan yang sangat melarang dari sengaja menimbulkan bibit2 perpecahan apatah lagi perppecahan didalam keluarga. Bernikah senyap2 boleh melukakan hati ibu bapa dan juga menyebabkan rasa kurang senang pada kaum keluarga dan terkadang menyebabkan perbalahan dalam keluarga. Ada yang menyebabkan tidak bertegur sapa sesmaa saudara dengan sebab fitnah yang tercetus. Oleh itu sebaiknya jangan diamalkan nikah senyap2 seperti ini. . Jika anak perempuan pula disyaratkan wali mesti diberitahu terlebih dahulu. Jika wali memberi jawapan tidak dapat hadir kerana jauh, maka pihak yang akan menjadi juru nikah tersebut mesti mengambil wakil wali daripada wali samada dengan surat rasmi atau melalui telefon. Setelah mendapa izin wali barulah sah dinikahkan melalui wali hakim. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




