| kahwin lari |
|
|
|
| Ditulis oleh nor farhah salwaanie | |
| Monday, 23 November 2009 | |
|
saya dan pasangan khuatir akan berlaku maksiat berterusan memandangkan perkenalan kami telah masuk 3 tahun. hasrat berkahwin dengannya ditentang keluarga berikutan status pekerjaannya. salah ke kalo kami ambil keputusan untuk kahwin lari@sembunyikan perkahwinan daripada family sebab takut kena buang family? Jawapan : Jika keluarga menentang perkahwinan dengan sebab status pekerjaan pasangan anda, bermakna jika perkara ini boleh diselesaikan maka mereka tidaklah menentang lagi kerana yg menjadi halangan ialah tidak berkenan dengan pekerjaan pasangan bukan kepada diri pasangan. Kalau memang sungguh nak mendirikan rumah tangga, carilah pekerjaan yg tidak menimbulkan masalah kepada keluarga. Kahwin lari nampak macam selesai masalah tetapi sebenarnya menimbulkan masalah. Akibatnya menjadikan perpecahan dalam keluarga dan dendam dan sakit hati dan benci membenci. Islam tidak menyuruh perkahwinan sebegini. Perkahwinan sepatutnya mengeratkan lagi kasih sayang didalam keluarga.
wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






