| Masalah Peribadi...Wali Tak Suka |
|
|
|
| Ditulis oleh MOHD HANAFI JUSOH | |
| Monday, 04 August 2008 | |
|
Assalamualaikum Ustaz yang dikasihi..
Soalan saya ialah tentang masalah peribadi saya. Saya ingin berkahwin dengan seorang wanita yang saya kenali lebih kurang 2tahun lepas,tetapi niat saya itu dihalang oleh keluarga perempuan tersebut dengan alasan dia masih lagi belajar,wanita tersebut sebenarnya terpaksa belajar ikut kehendak keluarga. Apakah salah jika saya berkahwin tanpa wali kerana ayah wanita tersebut tidak mahu jadi wali. Apakah pandangan Ustaz?umur saya 27 dan wanita tu 26,patut ke saya kahwin dengannya. Wanita tersebut jadi benci kepada keluarga dia disebabkan masalah ini tetapi saya selalu nasihat dia supaya jangan benci keluarga. Keluarga dia juga selalu layan wanita tersebut dengan teruk. Tolonglah bagi pandangan Ustaz sebab saya runsing pikir masalah ni sebab wanita tersebut dah tak sanggup duduk dengan keluarga dia dan saya harap Ustaz bagi pendapat sebagai kata putus untuk saya buat keputusan.
Sekian Wasalam .................. w.salam Dalam masalah seperti ini perempuan tersebut boleh berkahwin dengan wali hakim atau dengan wali ab'ad yakni wali selain ayahnya tetapi hendaklah dipujuk dengan baik akan keluarganya dahulu supaya mereka bersetuju. InsyaAllah jika niat kita ikhlas dan sedikit kesabaran akhirnya mereka akan bersetuju. Tunjukkan kepada keluarga bahawa lelaki yang menjadi pilihannya itu adalah lelaki yang boleh menjadi suami yg bertanggung jawab dan berbudi bahasa. Jika si ayah berkeras juga tidak mahu menjadi wali maka barulah harus menggunakan wali hakim untuk meneruskan perkahwinan. Sememangnya sah berkahwin dengan wali hakim jika kena segala syaratnya tetapi yang paling baik ialah perkahwinan yang mendapat restu dari orang tua. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




