| Merangsang isteri ketika berjimak dengan memasukkan jari ke dalam faraj |
|
|
|
| Ditulis oleh Abdul Halim Hakimi | |
| Saturday, 14 November 2009 | |
Assalamualaikum ustaz. Saya pernah terbaca dalam satu e-book tentang cara melakukan rangsangan (ghairah) seks isteri ketika berjimak dengan menggunakan jari, iaitu dengan memasukkan jari ke dalam faraj isteri. Teknik yang diterangkan dalam e-book tersebut adalah dengan cara memsukkan jari suami ke dalam sebahagian faraj isteri dan menyentuh satu tempat dalam faraj isteri seterusnya menggerak-gerakkan jari tersebut sehingga berlaku ejakulasi pada isteri. Dikatakan dalam e-book tersebut bahawa, dengan teknik ini, isteri akan mencapai tahap kepuasan yang maksimum ketika hubungan kelamin tersebut. Jadi, persoalan saya, apakah hukumnya melakukan teknik sedemikian? Adakah teknik tersebut memang dibenarkan oleh syarak? Dan adakah teknik tersebut termasuk dalam melakukan onani terhadap isteri Mohon bimbingan daripada ustaz. Jawapan : Hukumnya adalah harus dan tidak dikira onani. Onani yang diharamkan ialah mengambil kesedapan dengan tangan sendiri tanpa pasangan yang sah. Perlu diketahui harus suami menggunakan tangan isteri atau isteri menggunakan tangan suami utk mendapatkan keseronokkan samada ketika mengadakan hubungan atau tidak selama tidak pada dubur. wallaha'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






