| status anak yang dilahirkan |
|
|
|
| Ditulis oleh faratul akma | |
| Thursday, 29 October 2009 | |
|
salam ustaz.. saya sorang gadis berusia 20 thn. ibu bapa sy bercerai ketika sy masih bayi walaupun saya tidak pernah melihat surat cerai mereka. baru2 ini sy diberitahu oleh ayah saya bahawa ayah dan ibu sebenar sudah bercerai, kemudian berjumpe semula (tidak pasti selepas berapa minggu/bulan), melakukan hubungan dan kemudian sy d lahirkan. sy juga dipahamkan bhw status sy adlh anak luar nikah. benar kah ustaz? tapi sejak kecil sy di binti kan dengan nama ayah, bukan Abdullah. Sekiranya saya ingin dinikahkan, perlukah sy menukar nama kpd 'binti Abdullah'? tidakkah ia akan mengaibkan ibubapa sy krn semua org patsi bertanya. adakah ini bermakna abang saya (lain ibu) dan pakcik (adik ayah) juga tidak boleh mewalikan sy? ustaz tlg jawab dgn terperinci. sy sgt mharapkan bantuan ustaz. terima kasih.
Jawapan : Masih ada kesamaran tentang status saudari dari kerana tidak dapat dipastikan dengan tepat adakah ibu saudari dirujuk olih ayah saudari semasa pertemuan selepas bercerai itu. Sebaiknya pastikan dahulu dari mulut ibu bapa sendiri adakah mereka telah rujuk semula seleps bercerai. Jika mereka melakukan hubungan setelah habis eddah tanpa sempat rujuk maka saudari tidak boleh dibintikan kepada si ayah tersebut. Tetapi jika mereka melakukan hubungan didalam masa eddah tanpa melafazkan rujuk maka saudari masih dikira anak yg sah menurut sebahgian ulamak.
|
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






