| Terminum..Susu Isteri |
|
|
|
| Ditulis oleh LoNgah | |
| Saturday, 10 January 2009 | |
|
Salam Ustaz.. Soalan saya.. 1. Apakah hukumnya apabila seorang suami terminum susu isterinya? 2. Baru2 ini saya telah melafazkan talak satu kepada isteri. Seminggu selepas kami bercerai, saya berjumpa dengan isteri dengan niat untuk rujuk kembali. Dalam pertemuan itu kami turut melakukan hubungan kelamin. Soalan saya, adakah sah rujuk saya itu melalui hubungan kelamin atau adakah kami sudah dianggap melakukan zina? Dan bolehkah seorang suami tinggal bersama isteri ayng sudah diceraikan dalam tempoh edah?
w.salam 1. Tidak memberi kesan kepada perkahwinan jika terminum susu isterinya sendiri begitu juga tidak menjadikan mahram susuan. 2. Menurut pendapat jumhur ulamak suami isteri yg dalam eddah perceraian yg bukan talak 3 adalah haram melakukan persetubuhan jika belum melafazkan rujuk tetapi tidak dikira sebagai zina. Suami mestilah rujuk dengan segera supaya tidak lagi berdosa berseronok dengan isterinya itu. Lafaz rujuk ialah suami berkata " aku rujuk kamu menjadi isteri semula" Dalam tempoh eddah isteri hendaklah tinggal dirumah suaminya itu dan apbila habis eddah barulah ia keluar dari rumah suaminya itu. wallahua'alam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




