| Berdosakah? |
|
|
|
| Ditulis oleh Siti Hajar | |
| Thursday, 22 October 2009 | |
|
Assalamualaikum Ustaz, Ibubapa saya amat gemar berjalan2 dihujung minggu atau di masa kelapangan. Saya, suami serta anak2 saya kadang2 diajak pergi bersama (bagi menjaga hati orang tua, kami sekeluarga ikut sama) Kami tinggal di Kuala Lumpur, tempat yang dilawati adakalanya sehingga ke Pulau Pinang dan Johor dan balik pada hari yang sama tanpa ada perancangan yang khusus. Tujuannya hanyalah untuk mengisi masa lapang dan keluar dari kesibukan kota dan melihat2 tempat orang. Tetapi kerap juga kami pergi ketempat yang sama berulang kali, sekadar untuk tujuan yang tidak penting..seperti pergi ke Taiping semata2 untuk makan mee udang, kemudian balik semula ke KL selepas menikmatinya (walaupun sebelum ini kami telah ke sana). Soalan saya apakah hukumnya ke atas perbelanjan petrol, tol dan masa kami habiskan untuk perkara ini, diharap Ustaz dapat memberi penjelasan. Jawapan : Islam tidak menghalang perkara2 dunia yg tidak bercanggah dengan hukum syarak. Olih itu tidaklah dilarang pergi melancung, makan angin atau seumpamanya dgn syarat tidak meninggalkan yg wajib seperti solat. Dunia yg dilarang ialah yg melalaikan dari tuntutan2 agama yang diwajbkan.
wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






