Kategori Artikel

Fatwa
Hadith
Sirah
Tafsir
Lain-lain

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Carta Top Blog Ukhwah.com
Kami ada 41 tetamu dan 2 pengguna online

Anda disyor menggunakan pelayar internet F i R E F O X Mozilla Firefox atauGoogle ChromeGoogle Chrome [1024X768 pixels] ketika melayari laman web ini.

Fahaman Wahabi PDF Cetak Emel
Rating Pengguna: / 9
TerukBagus 
Ditulis oleh Lutfil   
Monday, 02 November 2009

Salam Ustaz Azhar yang saya hormati

Minta ustaz jelaskan maksud fahaman wahabi. Saya banyak membaca dari internet menyatakan bahawa bekas mufti perlis Dr. Asri berfahaman wahabi (betul atau tidak saya tidak tahu) tapi ada di antara kenyataannya saya baca dari internet yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunni/ mengelirukan antaranya:

i) mempelajari sifat dua puluh (ALLAH) melemahkan minda

ii)bacaan qunut dalam solat (subuh) tidak perlu

iii)soal saf kanak2 di belakang tidak perlu di pandang berat dan menjadikan minda sempit untuk membicarakan soal itu.

 DLL..

minta Ustaz perjelaskan sebab saya ragu-ragu dengan bekas mufti ini. Dr. Badrul Amin pun pernah menghentam bekas mufti ini.

Terima kasih, wassalam

p/s: penahanannya semalam sehingga kini tiada pertuduhan daripada JAIS.

 

Jawapan :

Dewasa ini timbul sekali lagi golongan yg suka mempertikaikan masalah2 atau amalan2 yang berlaku khilaf dikalangan ulamak fiqh . Sepatutnya kalau seorang itu memang memahami agama dia akan bersungguh untuk memerangi maksiat, khurafat dan perkara2 haram yg banyak dikerjakan orang bukannya perkara2 khilafiyah.

Imam2 mujtahid, ulamak2 besar bersifat terbuka dalam perkara2 furu' seperti qunut subuh, baca talqin dan seumpamanya.

Lihatlah ulamak2 besar didunia hari ini seperti Syeikhul al-Azhar umpamanya apabila ditanyakan perkara furu' mereka akan menjawab dengan ilmiyah dan berlapang dada tidak memaksa orang ramai mengikut satu pendapat sahaja.

Pernah ditanya Al-Marhum Syeikh Ali Jaadul Haq bekas Syeikhul al-Azhar yg lepas tentang qunut subuh, beliau menyatakan kesemua pendapat yg mengatakan sunat dan yang mengatakan tidak sunat dengan disertakan dalil masing2 dan akhirnya membuat rumusan siapa yg baca qunut maka dapat baginya pahala dan solatnya sah dan siapa yg tidak membaca qunut maka solatnya telah telah pun sah kerana qunut bukannya syarat atau rukun sembahyang.

Begitu juga jawapan yg diberikan olih Syeikh 'Athiyah Saqr bekas Ketua Lujnah Fatwa Universiti Al-Azhar.

Kalau seorang bertaraf ustaz menyatakan qunut subuh adalah bid'ah maka seolah2 dia lebih alim dari ulamak2 besar diatas. Adakah di terima aqal dia lebih alim dan ulamak2 tersebut tidak tahu atau bodoh?

Ini jika dibandingkan dengan ulamak Al_azhar, belum lagi dibadingkan dengan Imam Syafie rahimahullah Taala.

 

Wallahua'lam 

 

 
< Prev   Seterusnya >