| Perbankan Islam |
|
|
|
| Ditulis oleh hashim habeed | |
| Saturday, 07 June 2008 | |
|
Assalaimulaikum Ustaz, Terima Kasih kerana sudi menjawab soalan saya yang lepas Apakah harus kita mengakui sistem perbankan Islam yang terdapat di Malaysia pada hari ini mengikut syarak syarak seperti yg dituntut didalam Islam ? Sekiranya Ya, Mengapa bank masih mengenakan BLR+XX dan kadarnya masih tinggi bagi seseorang rakyat sedarhana, sedangkan didalam islam dilarang mengambil keuntunggan yang tinggi. Bagaimanapula sistem AKADnya yang memerlukan kita menandatangan dahulu semua dokumen sebelum pihak bank menandatanganya Bagaimana pula sekiranya Pemilik Bank tersebut bukan beragama Islam? Adakah harus sebagai seorang Islam mengambil loan tersebut (bukan kerana darurat) Pendapat saya, Bank sekarang menjadikan Trend Perbankan Islam sebagai satu cabang perkhidmatan yang mendapatkan keuntungan yang lebih (komersial). Sedangkan penekanan tentang bank islam yang menurut syarak hanya dibuat sambil lewa sahaja. Wallahu Alam ...................... w.salam Apa yang berlaku dalam muamalat islamik yg ditawarkan oleh setengah bank di sini memang tidak mempunyai riba yang diharamkan oleh syarak. Saya tidak nafikan kaedah yang digunakan agak memberi tekanan ats peminjam. Hanya itulah pilihan yang ada setakat ini jika kita bermaksud membuat pembelian yang lepas dari riba. Saya tidak katakan ianya perfect menurut kehendak syarak. Jawapan saya yang lepas2 berkenaan masalah ini hanyalah untuk pihak peminjam bukan untuk pihak pemberi pinjam. Dalam masalah pinjaman, soal Islam atau bukan Islamnya pemberi pinjaman tidak menjadi soal. Masalah peminjam menandatangani dahulu dari pihak peminjam diharuskan oleh setengah ulamak fiqh kerana kias dengan ijab dalam jual beli. Pendapat tuan trend Islamik menjadi saluran komersial memang benar. wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




