| Solat sunat istikharah |
|
|
|
| Ditulis oleh nisrina | |
| Monday, 24 November 2008 | |
|
Assalamulaikum Ustaz, Saya ada soalan tentang solat sunat istikharah.Ada seorang ustaz beritahu saya utk solat sunat istikharah,kita boleh gunakan kertas (yg digulung) & letak bawah sejadah.Selepas siap doa,kita pilih kertas yg tergulung utk lihat hasil istikharah.Ustaz tersebut suruh buat 3 kali. Soalan saya :
Terima kasih.
.... w.salam Apa yg diajar kepada kita oleh Nabi saw cara mengerjakan solat istikharah ada cara terbaik sebagaimana yang datang dalam hadis2 yang soheh dan baginda tidak menyuruh melakukan seperti tersebut. Lakukanlah solat seperti biasa dua rakaat dan selepas salam berdoa kepada Allah dengan doa yang diajar oleh baginda saw yaitu :
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
kemudian jika perkara itu baik maka akan terasalah dalam hati cenderung kepada melakukannya insyaAllah dan jika tidak terasa apa2 maka sunat diulang2 akan solat tersebut.
wallahua'lam |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
Latest Update
Tabligh, Salah Ke?
Read More ...
Nak Belajar Kat Mane?
Read More ...
Beli Al-Quran
Read More ...
Isu Palestin
Read More ...
Mushkil..Bayar Lebih
Read More ...




